Saturday 22 June 2013

Bab 2: Pertemuan kedua
 
 “Kenapa kau selalu pakai baju lengan panjang? Tak panas ke?”  tanya Arisa sambil mengangkat kening.
 Keesokan harinya, Arisa dan Faris berjumpa di kantin sekolah pada awal pagi. Mereka merancang untuk berbincang mengenai rancangan mereka untuk menjadikan Aizril Zulkarnain sebagai ‘Prince Charming’ Arisa.
  “Oh, saja je. Aku rasa selesa pakai baju lengan panjang.” Faris menjawab dengan selamba.
  “Pelik. Dulu waktu sekolah rendah, kaulah yang paling tak suka pakai baju lengan panjang.”
 
Faris hanya mengangkat bahu. Dia tidak menghiraukan soalan Arisa. Dia memerhatikan keadaan di sekelilingnya.

   “Berbalik kepada rancangan asal kita...Apa yang kau nak buat?” Arisa bertanya lagi.
    “ Saya ingat nak buat....” belum sempat Faris menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba satu suara mencelah.
  “Apa yang korang buat ni?! Dating,eh?” seorang pengawas yang memakai tanda nama ‘Syahmina’ menegur dengan nada yang sinis.
 
“ Mana ada! Jangan nak tuduh sebarangan la. Kitaorang cuma nak bincang fasal sesuatu je!” bidas Arisa. Mukanya menjadi masam. ‘Minah ni senang-senang je tuduh aku dating. Dia ingat aku ni takde otak  nak dating kat sekolah?!’
“Habis tu,korang bincang fasal apa? Cuba cerita sikit.” Syahmina berdiri sambil memeluk tubuh.
  “Kitaorang bincang fasal.......”  Arisa terdiam. ‘Takkan aku nak cerita kat Syahmina fasal “Prince Charming’ kot? Jangan harap!’

  Faris tiba-tiba bangun. Dia berjalan menuju kearah Syahmina. Syahmina tersentak.

   “ Saudari Syahmina, saya rasa awak tak patut ambil tahu hal kami. Kerja awak hanyalah memastikan bahawa semua pelajar mengikut peraturan sekolah.Itu sahaja. Jadi, awak tak ada hak nak ambil tahu apa yang kami lakukan. Terima kasih kerana mengambil berat.” kata Faris sebelum beredar dari kantin sekolah. Arisa segera mengatur langkah, meninggalkan Syahmina terpinga-pinga.

  “Kenapa kau cakap macam tu? Tiba-tiba je marah,apasal?” tanya Arisa selepas berjaya mengejar Faris.

Faris menoleh ke belakang. Dia tersenyum nakal. “Macam mana reaksi Syahmina?”
  “Ermm..muka dia jadi pucat semacam lepas kau cakap macam tu.”
  “Hehe.. aku saja je nak buat suspens. Aku tak marah pun. Saya main-main je.” Faris ketawa.
  “Pandai kau berlakon. Boleh menang anugerah pelakon lelaki terbaik. Kalah Aaron Aziz.” gurau Arisa.
  “ Mana ada. Lagipun,nanti akan timbul masalah kalau ada orang lain yang tahu fasal rancangan kita.Ianya menyusahkan.”
  “Betul juga.” Arisa angguk,tanda setuju.

Mereka berdua segera menuju ke kelas. Mereka tidak mahu terlambat kerana pada masa pertama adalah waktu Bahasa Inggeris. Cikgu yang mengajar kelas mereka adalah Miss Eve,  cikgu yang garang seperti singa.

  “Alamak,Miss Eve dah masuk! Nak buat macam mana ni?” Arisa menggelabah. Dia menyorok di belakang Faris. Farsi menarik nafas.

  “Excuse me, Miss Eve. I’m apologize for being late. I also apologize for Arisa, who is hiding behind me.” kata Faris sambil menahan tawa.
‘Tak guna punya Faris, dia kenakan aku.’ Arisa yang sedang menyorok di belakang Faris mengetap bibir.


  “ARISA! Why are you hiding behind Faris?!” gertak Miss Eve. Miss Eve memandang Arisa dengan rasa hairan.
  “Err...I..was hiding behind Faris because...err...I....” Arisa diam.
Faris berasa kasihan melihat Arisa.Dia pun segera menjawab. “Miss Eve, she’s actually a bit  confused. She’s accidentally hit her head just now. I think there must be something with her head.” kata Faris dengan wajah yang serius.

Miss Eve mengganguk.”Ok, I understand. Both of you may sit down.”

Arisa terpinga-pinga. Faris yang menyedari keadaan Arisa, memberi isyarat supaya Arisa duduk. Arisa bergegas ke tempat duduknya.

  “Kenapa lambat? Faris kata kepala kau terhantuk? Betul ke?” tanya Jannah.
Arisa menggeleng.” Dia cuma cakap tu untuk lepaskan diri dari Miss Eve je. Aku sihat je.Jangan risaulah.” Arisa tersenyum.

  Arisa memandang Faris dengan pandangan mata yang tajam. Faris yang menyedari tingkah laku Arisa, mengeyitkan mata. Arisa tersentak. ‘Mamat tak guna!’

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Petang itu..........

Arisa berjalan di koridor sekolah yang bersebelahan dengan padang. Kelihatan beberapa orang pelajar lelaki yang sedang bermain bola sepak. Arisa menghiraukan mereka.
Dia terus berjalan tanpa menyedari bahaya yang mendatang. Satu dentuman kuat kedengaran.
“BUMMMMMM!!”
Tanpa disedari,Arisa terduduk di atas lantai koridor. Dia menekup mukanya yang kini merah. Dia menoleh ke kanannya lalu ternampak sebiji bola sedang bergolek ke dalam longkang. Arisa menyedari ada seseorang sedang berlari kearahnya.
  “Saya minta maaf! A-Awak tak apa-apa? Cedera tak? Nak saya bawa awak ke bilik sakit?”
Arisa mendongak. Dia terkejut. “A-Aizril?!”
  “Ah! Awak Arisa,kan? Orang yang saya jumpa hari tu. Budak yang jatuh dari pokok tu,kan?” kata Aizril.
  “Err..ya. Saya la yang jatuh dari pokok hari tu.” Jawab Arisa. ’Kenapa la dia nak ungkit fasal kejadian tu?’
  “Betul awak tak apa-apa?” Aizril mengulang kembali pertanyaannya. Dia nampak risau.
  “Ya,saya tak apa-apa.Saya ok. Jangan risau.” Arisa bangun secara perlahan-lahan.
Kedengeran derapan kaki yang sedang menuju kearah mereka berdua.
 
  “Arisa!” satu menyapa Arisa dari belakang. Arisa dan Aizril menoleh ke belakang.
  “Faris! Maaf,aku lambat.” kata Arisa apabila terpandang akan wajah Faris.
  “Kenapa dengan muka kau? Merah semacam je...” Faris memerhatikan pipi Arisa. Faris seperti tidak menghiraukan kewujudan Aizril yang sedang berdiri di tepi Arisa.
  “Oh, yang ni...saya kemalangan tadi..” jawab Arisa.
  Aizril tiba-tiba menyampuk. “Salah saya. Saya tertendang bola sampai terkena pada dia.”
  “Oh,patutlah. Nasib kau memang selalu malang, kan Arisa?” Faris tersengih.

Arisa menghiraukan kata-kata Faris. Faris memandang kearah Aizril. Mereka berdua saling berpandangan.

 “Awak ni...Aizril,kan? Budak kelas 4 Infiniti.” Faris bertanya. ‘Muka dia boleh tahan.’
  “Ya. Saya Aizril. Kenapa?”
  “Kalau tak ada apa-apa,saya nak pinjam Arisa sekejap. Kami ada tugasan yang nak diselesaikan. Harap awak tak kisah.”
  “Oh. Silakan.”
  “Arisa,jom!”

Arisa mengikut Faris dari belakang.Aizril melambaikan tangannya.Arisa tersenyum.
Faris dan Arisa melangkah masuk ke dalam makmal komputer. Mereka telah didenda kerana masuk lewat ke kelas pada waktu Bahasa Inggeris. Mereka terpaksa melakukan kertas kerja mengenai buku sastera Bahasa Inggeris dan membentangkannya di hadapan kelas dalam masa 2 hari.

  “Kenapa panas sangat dalam ni? Tak buka air-con ke?” Arisa merungut perlahan.
  “Hmm. Air-con rosak.Terpaksalah tahan sikit.” Faris menarik kerusi yang terletak berhampiran dengan pintu masuk. Arisa mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Faris.

  “Aku cari maklumat, kau pula taip pada Microsoft Windows Word.” arah Arisa.
  “Hmm.”

Selepas hampir sejam mereka bertungkus-lumus, mereka berhenti untuk berehat. Faris menyingsing lengan baju sekolahnya.’ Panasnya duduk dalam ni..’

  “Faris!” Arisa tiba-tiba bangun dari tempat duduknya.
Faris sedikit tersentak. Dahi Faris berkerut seribu. “Apa?”
  “Kenapa dengan tangan kau? Lebam dengan luka!” Arisa menunding jarinya pada lengan kanan Faris.
  ‘Alamak....macam mana aku boleh jadi cuai pula ni..’ Faris cuba berlagak tenang.
  “Aku jatuh jelah...Jangan la buat suspens pulak.” Faris memberi alasan.
  “Kenapa teruk sangat kesan lebam tu?” Arisa tidak berpuas hati dengan jawapan Faris.
‘Dia ni kalau nak tipu aku pun,agak-agak la..Buat macam aku ni bodoh.’
  “Aku jatuh dari tangga. Sebab tu la teruk macam ni. Salah aku jugak, cuai sangat.”
  “Ataupun sebenarnya mak tiri kau yang pukul kau?” Arisa bertanya dengan nada curiga.
Faris menelan air liur.’Ish,pandai pula dia teka.’
Faris menggeleng. “ Dah la.Daripada awak soal siasat aku, lagi baik kalau kita teruskan kerja kita. Ada la juga faedah.”
  “Mencurigakan.”
  “Apa-apa jelah..” Faris meneruskan kerjanya tanpa menghiraukan jelingan Arisa.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

“Macam mana dengan sekolah baru kamu,ok?” Encik Malik bertanya. Beliau baru sahaja pulang dari London. Sebagai seorang ahli korporat yang berjaya,beliau sentiasa sibuk dengan kerja-kerja yang bertimbun-timbun.

Faris yang sedang menyenduk nasi, mengganguk. Dia menghulurkan nasi kepada makcik Sofea. Makcik Sofea menyambut pinggan nasi itu dengan senyuman yang dibuat-buat.
  ‘Ergh..senyuman Devil Woman.’ getus Faris yang turut tersenyum.
  “Sofea, macam mana dengan sikap Faris waktu abang tak ada? Ok?” Encik Malik mengalihkan pertanyannya pada Makcik Sofea.
  “Ok. Faris budak yang baik, selalu dengar cakap. Tak banyak membantah.Betul tak Faris?”
  “Hmm.” jawab Faris.’Pandai betul makcik Sofea berlakon.’
  “Baguslah kalau macam tu, ayah nak sangat keluarga kita bahagia macam waktu dulu.” Encik Malik tersenyum gembira.
  Faris terdiam.Dia memandang lantai.’Ni lah sebab kenapa aku tak boleh beritahu ayah tentang perkara sebenar.’
Faris mengeluh perlahan. Dia lantas bangun dari meja makan dan berjalan menuju ke biliknya.
  “Faris tak nak makan?” Encik Malik melaung dari dapur.
  “Tak.Faris dah kenyang. Ayah makanlah dengan makcik Sofea.” Faris membalas laungan ayahnya.

Faris mengunci pintu biliknya. Dia berdiri di hadapan meja belajarnya. Faris mengambil bingkai gambar yang terletak di hujung meja. Dia merenung gambar itu. Gambar yang sangat penting untuknya. Gambar ibu kandungnya yang sedang menyambut hari lahirnya kali ke-11.

‘Mak..kenapa mak tinggalkan Faris? Kenapa ayah kena kahwin dengan makcik Sofea?’
Faris menyeka air mata yang bergenang di tubir matanya.Dia kena kuat. Dia tidak boleh berputus asa.Demi kebahagiaan ayahnya.

  “Faris sayang mak.” Faris mendakap bingkai gambar itu.

No comments:

Post a Comment