Friday 21 June 2013

Bab 1: Dah jumpa!

                   Bab 1:Dah Jumpa!
 Arisa yang sedang menuju ke kelas,menguap perlahan.Dia tidak cukup tidur kerana terlalu asyik membaca buku cerita mengenai seorang puteri yang diculik oleh seekor naga dan telah diselamatkan oleh putera raja yang kacak.Alangkah indahnya hidup ini kalau aku ada putera yang akan selalu melindungiku? Mesti best! Arisa tersenyum seorang diri. Arisa meneruskan langkahnya ke kelas 4 Platinum sambil tersengih seperti kerang busuk!
Jannah menepuk bahu Arisa. “Hey,Arisa. Kenapa senyum sorang-sorang? Awak dah jadi gila,ya?”
“Ish,mana ada! Aku ni waras lagilah!” Arisa mencebik. Mulut dia ni memang masin la..
    “Jangan kata yang kau tu tengah fikir fasal ‘Prince Charming’ yang tak pernah wujud tu.  Buang masa jelah.Baik kau belajar.Sekurang-kurangnya kalau kau pandai,ada la juga lelaki yang nak kat kau.” Jannah memberi nasihat yang sememangnya bernas dan benar.
   “Aku tak nak lelaki lain! Aku cuma nak ‘Prince Charming’ je!” Arisa menghentak kaki tanda protes. Biarlah kalau dia nak berangan pun. Kenapa orang lain selalu sibuk?
   “Awak ni……..” Jannah mengeluh. Dia menoleh ke hadapan apabila terdengar bunyi pintu kelas dibuka. Cikgu Aina melangkah masuk dengan gaya sopan sambil membawa kertas   ujian bulanan untuk matapelajaran Sejarah. Ah,confirm hari ni ada ujian mengejut. Semua cikgu di sekolah ni memang suka ujian ke?
   “Baiklah murid-murid,hari ni kita ada pelajar baru. Silakan masuk.” Cikgu Aina memandang ke arah pintu kelas sembil tersenyum. Sepasang kaki melangkah masuk ke dalam kelas. Kesemua pelajar perempuan ternganga! Arisa dan Jannah saling berpandangan.
   “Nama saya Faris Iskandar bin Malik. Umur 16 tahun. Saya tinggal di Damansara. Dulu saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahkota Alam. Saya harap saya dapat menyesuaikan diri di sekolah ini.” Faris tersenyum manis. Di saat itu,kesemua hati pelajar perempuan di kelas sedang cair….
                                                *****************************

   Waktu rehat bermula.Para pelajar berpusu-pusu untuk membeli makanan.Arisa dan Jannah sedang menikmati makanan mereka dengan berselera. Tiba-tiba ada sesuatu suara yang menegur.
   “Hai,saya nak join makan dengan awak berdua boleh?” Faris bertanya. Matanya beralih kearah Arisa. Arisa mengangkat kening. Dia menarik lengan baju Faris dan memaksanya duduk berhadapan dengannya.
   “Awak ni pelik la.Macamlah awak tak pernah makan dengan kami.Waktu di sekolah rendah dulu,kan kita selalu makan sama-sama? Takkan la awak dah lupa?” Arisa menyuap makanan ke dalam mulutnya. Emm…sedapnya nasi lemak makcik kantin ni.
   “Hahaha..mana ada saya lupa. Saya saja tanya,manalah tahu kalau awak berdua dah tak sudi makan dengan saya lagi?” Faris tersenyum sambil memandang Arisa dan Jannah.
   “Apa maksud awak? Awak ni jangan mengarutlah.” Arisa mengerutkan dahi.
   “Awak dah banyak berubah,Faris. Kami berdua langsung tak cam awak. Bila kami dengar nama awak,baru kami cam awak. Memang awak berbeza sekarang ni.” Jannah memberikan pandangan.
   “Berbeza? Apa maksud awak?”
   “Yelah,dulu awak pendek dan cermin mata bingkai tebal.Siap pakai braces pula tu. Sekarang ni,awak dah jadi handsome,tinggi lampai dan bergaya.Apa yang telah menyebabkan awak berubah?”
   “ Kata-kata seseorang yang selalu bersama saya dahulu. Kata-kata terakhir yang diucapkan kepada saya sebelum saya berpindah ke Pulau Pinang.Ianya memberi semangat untuk saya berubah.” Faris menonggak dagunya.
   Arisa dan Jannah saling berpandangan. Macam ada sesuatu je ni.Hmm…
   Kedengaran deringan loceng tamat waktu rehat berbunyi.Mereka bergegas ke kelas dengan senang hati.
                                                **************************************

   Petang itu ,Arisa berjalan-jalan di taman rekreasi berdekatan dengan rumahnya. Selalunya,dia taklah rajin sangat nak keluar rumah. Tiba-tiba sahaja rajin. Entah kenapa,dia sendiri pun tak tahu.
   “Argh..bosannya.Tak ada apa yang menarik ke yang akan terjadi hari ni?” Arisa mengeluh perlahan. Kesemua koleksi buku cerita dongeng miliknya telah habis dibaca. Dia tak tahu nak buat apa.
   “ARGHHHH!!!!!!!!” Satu jeritan yang nyaring telah memecahkan suasana aman di taman itu. Arisa yang sedang berjalan,tersentak. Apa yang dah berlaku?
   Arisa berlari dengan pantas. Dia berhenti di hadapan seorang budak perempuan yang sedang menangis teresak-esak. Arisa mengerutkan dahi. Diakah yang menjerit tadi?
   Arisa memaut bahu budak perempuan itu. “Adik kenapa? Adik sakit ke? Ada yang kakak boleh tolong?”
   “Ku..kucing saya.Dia..terperangkap di atas pokok tu.Dia…dia takut nak turun.” Budak perempuan itu mengangkat kepala lalu menunding jari ke atas pokok besar di hadapannya.
   Eh? Kucing? Terperangkap..atas pokok? Arisa mendongak.Rahangnya jatuh.Tingginya pokok ni! Ada ke kucing yang boleh panjat pokok setinggi ni?
   “Err..adik. Nampaknya kita kena tunggu orang lain untuk selamatkan kucing adik. Pokok ni tinggi sangat.” Arisa memandang kearah budak perempuan itu.
   “Uwaaaaa!!! Kenapa setiap orang  yang saya sayang selalu tinggalkan saya??!!”
   “Apa maksud adik?”
   “Sa.saya ni anak yatim. Mak saya meninggal waktu saya masih kecil. Kucing tu adalah pemberian terakhir mak saya sebelum dia tinggalkan saya.Sekarang ni …kucing saya pun nak   tinggalkan saya!! Uwa!!!”
   Arisa terdiam. Nampaknya.. kucing ni sangat penting untuk adik ni.Apa yang patut saya buat?
   Arisa tersenyum. “Adik,jangan risau! Biar akak panjat pokok ni dan selamatkan kucing adik.” Dia bertekad untuk selamatkan kucing tu.
   “Akak.. hati-hati.”
   Arisa mengganguk. Dia mula memanjat pokok itu dengan perlahan-lahan. Fuhh..nasib baik aku pakai seluar. Dia memerhatikan keadaan pokok yang merimbun itu. Mana kucing tu?
   “Meow! Meow!” Mata Arisa terbuntang. Suara kucing! Dia menoleh. Kelihatan seekor kucing berwarna putih sedang memandang tajam ke arahnya.
   “Umm…marilah sini. Tuan awak tengah risaukan awak tu. Saya datang nak selamatkan awak.” Arisa memujuk. Kucing itu merenungnya. Arisa menarik nafas. Kenapa dia tengok aku macam tu?
   Tiba-tiba,kucing itu melompat ke atas dadanya. Kucing menggesel-gesel kepalanya di bahu Arisa. Arisa tersenyum.Ah,manjanya kucing ni..
PRAKKKKK!!!!!
   Dahan pokok dimana Arisa sedang berdiri,patah.Ia tak dapat menampung berat badan Arisa dengan lama. Arisa menjerit. Dia menutup mata,berharap agar dia diselamatkan.
“Argh!!!!Aku tak nak MATI lagi!!!!!!!!!” Doa Arisa dalam hatinya.
                                    ************************************


 Arisa menunggu kesakitan untuk datang. Tapi dia tidak rasa apa-apa.Malah, dia rasa  terapung di udara. Dia mendengar suatu suara.
   “Awak boleh buka mata dah. Awak cedera tak?”
   Arisa membuka mata. Dia sedang dikendong oleh seseorang. Arisa mendongak. Dia ternganga. Orang yang telah menyelamatkannya adalah seorang jejaka yang kacak! Arisa memandangnya dengan penuh minat.
   “Awak tak apa-apa?” Jejaka itu bertanya sambil menurunkan Arisa ke atas tanah.
   “Ah! Saya..saya tak apa-apa. Maaf menyusahkan awak. Mesti saya berat kan?” Arisa tunduk.
  “Tak juga. Nama saya Aizril Zulkarnain. Awak?” Aizril tersenyum.
   “Emm..nama saya Arisa Qa isara. Selamat berkenalan.”
   “ Kalau awak tak apa-apa,saya balik dulu la ye? Jangan buat apa-apa yang bahaya lagi. Bye!” Aizril melambai ke arah Arisa.
   “Akak tak apa-apa?” budak perempuan itu bertanya.
   “ Akak tak apa-apa. Nah,kucing adik. Jaga dia elok-elok tau!”
  “Em! Terima kasih. Selamat tinggal.” budak perempuan itu berlari menuju ke buaian.
   Arisa tersenyum lebar. Macam tak percaya,Aku…AKU DAH JUMPA ‘PRINCE CHARMING AKU!!!!!”

Arisa berlari pulang ke rumahnya dan mengambil telefon bimbitnya. Dia mendail nombor telefon  Jannah.
  “Assalamualaikum, Arisa. Ada apa?” Jannah yang baru menghabiskan kerja sekolah matematiknya bertanya.
  “ Jannah, you won’t believe it. Aku baru jumpa Prince Charming!!!”
  “ Jangan mengarutlah! Awak ni baru bangun tidur ke? Mamai,eh?”
  “Ish, betullah!” kemudian Arisa menceritakan kejadian tadi. Lepas ni confirm Jannah percaya.
  “So, ada mamat handsome yang selamatkan awak dari bencana. Lepas tu,disebabkan dia handsome dan baik, awak kata dia ‘Prince Charming.?” Jannah mengangkat kening. Dah sewel dah ke kawan aku seorang ni?
  “Bukan tu je, aku dapat rasa ‘aura’ karisma pada dia. Dia memang perfect jadi ‘Prince Charming.’ “
  “ Awak kenal dia pun tak, awak nak jadikan dia ‘Prince Charming awak? Please la, Arisa. Dia pun entah ingat ke tak fasal awak.”
  “Sebab tu la aku perlukan bantuan awak untuk bantu aku dapatkan ‘Prince Charming aku tu!” 
 “ Sorry to say, tapi aku tak terlibat dalam dunia fantasi awak tu.”
  “ Laa, please!!! Aku perlukan bantuan awak! “
  “ Awak ajak la Faris tolong kau. Aku sibuk dengan nak study untuk peperiksaan. Lain la macam awak, tak study tapi selalu dapat no.1 dalam kelas.”
  “ Ajak...Faris? Awak ni biar betul. Nak ke dia tolong aku?” tanya Arisa,ragu-ragu.
  “Tanya je la dulu, mana la tahu kalau dia berminat.”
  “Hmm. Ok. Nanti aku tanya.”

Arisa mematikan telefon. Dia mengeluh. Hmmm...macam mana aku nak cari dia? Yang aku tahu pun, nama dia Aizril Zulkarnain. Takpelah, esok aku pergi tanya Faris. Mana la tahu kalau dia boleh tolong.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

  Keesokan harinya, di kantin sekolah selepas tamat persekolahan............

  “Ada apa awak nak jumpa saya?” Faris bertanya sambil menghirup Pepsi.
  “Ermm...saya nak minta tolong sesuatu, boleh?”
  “Tengoklah kalau saya boleh tolong. Jadi, apa dia?”
  “Awak kenal tak seorang budak lelaki bernama Aizril Zulkarnain?”
  “Kenal, budak kelas 4 Infiniti. Kenapa?” Faris mengangkat kening. Apasal tiba-tiba minah ni nak cari Aizril?
  “Awak kenal dia?!! Dia budak sekolah ni?! Kenalkan saya pada dia!!” rayu Arisa pada Faris.
  “Ha? Awak pasal apa? Kenapa tiba-tiba je nak kenal dengan Aizril ni?” dahi Faris berkerut.

  “Awak tahu kan pasal impian saya. Impian yang saya simpan dari kecil lagi.” Arisa menuturkan kata-kata sambil tersipu-sipu.
  “Impian yang awak kata awak nak ‘Prince Charming’ tu?” Faris mengangkat kening.
  “Ye la........sebenarnya.......” Arisa menceritakan peristiwa dimana dia terjatuh dari pokok dan diselamatkan oleh Aizril.
 
Muka Faris berubah menjadi masam. Dia memang tepat pada wajah Arisa. Arisa berasa pelik.
  “Kenapa?”
  Faris menarik nafas panjang. “ Awak ni memang bodoh la. Takkan la semata-mata dia selamatkan awak dari terjatuh dari pokok, awak kata dia tu ‘Prince Charming’. Tak masuk akal”
  “Tapi...”
  “Saya pun akan selamatkan awak kalau awak dalam bahaya....” Faris berbisik sambil  menoleh mukanya ke arah bangunan sekolah.
  “Huh? Apa yang awak cakap tadi? Saya tak dengar la.”
  “Tak ada apalah. Lupakan apa yang saya cakap tadi.”

Faris bangun dari tempat duduknya lalu berjalan menuju ke arah pintu pagar utama sekolah.
Arisa tersentak. Apasal dia nampak marah?

  “Faris, awak nak pergi mana tu?!” laung Arisa dari jauh.
  “Balik rumah.” Faris menjawab tanpa menoleh kearah Arisa.
  “Dia tu apasal? Marah tiba-tiba. Aih...aku ada sakitkan hati dia ke?”


Faris menapak masuk ke dalam biliknya. Dia meletakkan beg galasnya di atas meja. Dia menghempaskan badannya di atas katil. Dia merenung pada siling biliknya. Memorinya berputar semula ke masa silam. Faris menutup mata.

6  tahun lalu, Sekolah Kebangsaan Seri Matahari..........

  “Tolong lepaskan saya! Saya tak buat apa-apa pun.! Lepaskan saya!” Faris meronta-ronta untuk  melepaskan diri dari genggaman seniornya, Razman yang tua dua tahun darinya.
  “Hahaha!! Memang kau tak salah apa-apa pun. Aku cuma nak duit kau je. Bayar cepat!” arah Razman sambil mengacu buku limanya.
  “Ta-Tapi saya tak ada duit! Saya tak tipu! Tolong la lepaskan saya!”
  “Argh!!! Alasan! Jangan nak buang masa aku! Cepat bagi!”
 “Oi!!! Lepaskan dialah, gorilla!!!” Tiba-tiba satu suara menengking. Kelihatan seorang budak perempuan yang sedang berlari, menuju kearah mereka.
Budak perempuan itu membaling batu kearah Razman. Balingannya menepati sasaran. Razman berang.
  “Weyh, perempuan! Kau pasal apa? Nak mati awal ke?” tengking Razman
Faris hanya memandang situasi itu. Dia takut untuk bergerak. Apa yang patut aku buat?
  “ Lepaskan dia la! Jangan kacau dia! Jangan kacau sesiapa lagi!”
  “Kalau tak, kau nak buat apa?” tanya Razman dengan bongkak.
Budak perempuan itu meneruskan balingannya. Badan Razman dipenuhi calar-balar dan luka-luka. Razman tidak dapat menahan rasa sakit lalu melarikan diri. Faris menarik nafas lega. Dia menghampiri budak perempuan yang telah menyelamatkan dia.

  “Terima kasih, awak dah selamatkan saya. Apa nama awak?” Faris menghulurkan tangannya
  “ Sama-sama. Nama saya..Arisa. Selamat berkenalan.” Arisa menyambut huluran tersebut.
  “ Saya..nak jadi kawan awak, boleh tak?”
  “Em! Mestilah boleh.”
Mereka berdua tersenyum. Begitulah kisah bagaimana Arisa dan Faris berkenalan.

  
 
Faris membuka semula matanya. Dia mengeluh panjang. ’Prince Charming, huh?’
Dia mencapai telefon bimbitnya dan menghantar pesanan ringkas pada Arisa.

‘ Saya setuju untuk tolong awak capai impian awak tu. Dengan syarat, apa-apa je yang awak nak buat, awak kena beritahu saya.’
                                                                 -Faris-


Butang hantar ditekan. Faris menarik nafas lega. ‘Aku harap aku tak menyesal nanti.’
Faris menutup mata sekali lagi, kali ini berniat untuk tidur. Hampir-hampir saja dia melangkah ke alam mimpi, dia mendengar laungan yang membingitkan telinga.

  “FARIS!!!! TURUN BAWAH SEKARANG!!!!!!”

Faris membuka mata. ’Apa hal pulak ni...........’
Faris bingkas bangun dari katilnya lalu menuruni tangga. Dia tahu apa akan dia hadapi jika turun. Dia berjalan perlahan-lahan. Dia ternampak ibu tirinya sedang mencekak pinggang.

‘Faris, apa-apa je yang dia buat pada kau.. Kau sabar je. Kau buat semua ni untuk ayah.’

   “Ya, makcik Sofea? Ada apa?” Faris cuba senyum
  “Ada apa kau tanya?!! Macam mana pinggan Correlle aku boleh pecah?!” tengking makcik Sofea sambil menjegil mata pada Faris.
  “Faris tak tahu...”
  “Oo..TAK TAHU??!! Kau memang nak kena!!!”
Makcik Sofea mencapai tali pinggang yang berada di atas meja makan lalu melibasnya kearah Faris.

No comments:

Post a Comment