Thursday 8 August 2013

Bab 6

        Bab  6:   Kasih dan Sayang.

Selepas beberapa hari pertandingan origami berakhir,satu khabar angin merebak.Khabar angin yang mengatakan bahawa Arisa kini bersama Aizril.Dengan lebih tepat, ‘couple’.Selepas Syahmina mengetahui mengenai berita tersebut,dia jadi tak keruan.Pagi hari Rabu minggu pertama selepas berakhirnya pertandingan origami,Syahmina terdengar perbualan 2 rakan sekelasnya yang merupakan pakar gosip.
  “Weyh,kau ada dengar tak fasal Aizril ngan Arisa?” Qistina berbisik kepada rakan baiknya,Fazlin.
  “Dengar fasal apa? Citer sikit.” Fazlin membalas bisikan Qistina dengan perlahan.Walaupun begitu,Syahmina masih dapat mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut mereka berdua.
  “Ala,fasal diorang ‘couple’ tu la…Takkan tak tahu kot.”
  “Ish,biar betul?” tanya Fazlin,ragu-ragu.
  “Betul la.Budak kelas Arisa tanya pada Arisa fasal Aizril,dia kata diorang memang ‘couple’.”
  “Siapa yang kata?”
  “Jannah.Budak yang selalu dapat markah tinggi dalam peperiksaan tu.”
  “Rasa macam pelik je..”
Fazlin mengakhiri perbualan mereka apabila terpandang Syahmina dengan wajah yang menyeramkan,memerhatikan mereka.Syahmina menarik nafas panjang. ‘Suka hati dialah kalau dia nak ‘couple’ ke apa ke….Ada aku kisah?’
Syahmina berjalan dan membuka pintu kelasnya.Tiba-tiba dia melihat Aizril dan Arisa melintas betul-betul di hadapan pintu kelasnya.
  “ ?????!!!! ” Syahmina tersentak.Aizril menoleh ke kanan.
  “Syahmina! Apa khabar?” Aizril menegur Syahmina dengan muka yang keriangan.
  “A-Apa?” Syahmina keliru. Arisa mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.
  “Ini girlfriend saya, Arisa.Awak kenal dia kan?” kata Aizril sambil memandang Arisa.
  “G-Girlfriend??!!”
Arisa hanya tersenyum dan mengganguk.”Hello, awak ni....mesti orang yang Aizril pernah suka dulu kan?”
Sakit hati. Satu-satunya perkataan yang sesuai untuk Syahmina sekarang ini.Syahmina diam. Arisa tersengih.
  “Nak join kitaorang makan?” Arisa mengajak Syahmina sambil tersenyum manis.
  “Takpe!! Saya dah kenyang!! Terima kasih!” Syahmina menghempas pintu kelasnya sekuat hati. Arisa dan Aizril tercengang.
  “Comel.” komen Aizril.
  “………..” Arisa menjeling.
  “Apa?”
  “Nothing.”
  “So…lepas ni nak buat apa?”
  “Maksud?”
 “First, awak suruh Jannah sebarkan khabar angin yag kata kita ‘couple’.Lepas tu suruh berlakon ikut apa yang khabar angin tu kata. Rancangan yang seterusnya pulak?”
  “Kita tunggu.”
  “What?!”
  “Just wait and see.”

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
 
  Syahmina menumbuk meja hingga retak. Rakan-rakan sekelasnya tersentak.
  “S-Syahmina...? A-Awak ok?” Fazlin menegur dengan muka berkerut.
  “Saya ok.” jawab Syahmina dengan senyuman yang menakutkan.
  “E-Err?”
  “Saya nak keluar sekejap. Kalau cikgu masuk, kata yang saya ada hal.”
Syahmina menbuka pintu dan terus beredar. Mereka yang berada di dalam kelas terpinga-pinga.Syahmina bergerak ke taman botani lalu duduk disitu.Air matanya jatuh tanpa disedari.
Satu tangan menepuk bahunya.Syahmina berpaling.
  “Awak tak apa-apa?” Jannah menyoal.Apa yang dia buat kat sini?
  “Ah. Saya tak...”
  “Jangan nak tipu.” Jannah memintas kata-kata Syahmina.
  “S-Saya..” Syahmina tidak tahu apa yang ingin dikatakannya.
  “Saya nak tahu kenapa awak tolak Aizril. Boleh beritahu alasan awak?” Jannah cuba memujuk.
  “Saya nak beri tumpuan pada pelajaran. Saya tak ada masa nak layan perasaan yang akan memberi masalah kepada saya.” tegas Syahmina.
  “Tu hanya alasan,kan?”
  “Apa?”
  “Tu hanya alasan untuk melarikan diri dari dia. Awak cuba menidakkan perasaan sendiri dengan mengatakan pelajaran lebih penting. Ada sebab lain awak tolak dia.Awak tak boleh sembunyikan dari saya.”
  “I-Itu..M-Macam m-mana awak tahu?”
  “Hehe..rahsia. Boleh beritahu saya sebab yang sebenar?”
  “Baiklah...Sebenarnya.. saya rasa yang saya tak layak untuk disukai oleh Aizril..”
  “Ha?”
  “Dia anak orang kaya. Saya.. anak...penjual kuih...Kami..tak...sedarjat....” Syahmina teragak-agak.
  “...............”
  “Saya..kena pergi.Saya dah lewat ke kelas.” Syahmina meminta dan terus berlari kearah tangga.
Jannah mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon Arisa.
  “Hello?”
  “Arisa,jumpa saya kat Kafe Pudina pukul 3 petang.”
  “Kenapa?”
  “Ada benda penting nak bagitau.Datang je.”
  “Ok, bye.”
  “Bye.”
   “Jumpa pukul 3 nanti.”
  “Um.”

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

  “HAAAAA???????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Arisa menjerit akibat terkejut.
  “Jangan la menjerit. Pecah cermin nanti.”  kata Jannah sambil menutup telinga.
  “TAK MASUK AKAL!!!! TAK SEDARJAT??!! APA MAKSUD DIA??!!”
  “ARISA!! BERT-E-N-A-N-G!!” Jannah meninggikan suara.Arisa terdiam.
  “M-Maaf..”
  “Hmm..”
  “Saya tak faham. Apa maksud dia dengan tak sedarjat?!”
  “Saya pun tak faham sangat.. tapi dia ada kata yang dia dengan Aizril tak sedarjat sebab Aizril anak orang kaya...dia anak penjual kuih. Lebih kurang macam tu la.”
  “Tapi apa bezanya Aizril dengan Syahmina?! Dua-dua manusia! Dua-dua kulit warna coklat! Siapa kisah kalau Aizril anak orang kaya dan dia anak penjual kuih?!”
  “Syahmina nampaknya kisah.”
  “Saya tak rasa Aizril jenis orang yang macam tu. Dari dulu lagi Aizril tahu fasal Syahmina dan keluarga dia.Tapi dia tetap tak kisah pun.”
  “Saya rasa mungkin Syahmina tak ada keyakinan sebab ‘darjat’ mereka berdua macam langit dengan bumi.”
  “Tak ada keyakinan?! Selama ni dia cari kesalahan saya  dan beritahu pada cikgu,punyalah yakin yang saya budak nakal yang selalu buat kesalahan.” luah Arisa.
  “Err...saya rasa awak ni lebih kepada dendam peribadi je..”
  “Memang pun.”
  “Saya tak ada apa nak dikatakan....”
  “Jannah.”
  “Hmm?”
  “Nak minta tolong,boleh?”
  “Apa dia?”
  “Yakinkan Syahmina yang dia betul-betul suka Aizril dan bagi dia menyesal.Bukan menyesal je...tapi sangat-sangat menyesal.”
  “Apa yang ada dalam kepala awak?”
  “Hehe..buat je.Nanti awak akan tahu.”
  “Awak ni..hal-hal macam ni memang expert.”
  “Biasa la.” balas Arisa dengan senyuman.
  “Saya kena balik.Saya tak siapkan lagi kerja sekolah Fizik.”
  “Nak pinjam buku saya?”
  “Terima kasih jelah.”
  “Jannah.”
  “Apa?”
  “Esok...... kita akan habiskan ‘drama bersiri’ Aizril dengan Syahmina.”

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Keesokan harinya.....
Awal pagi-pagi lagi Jannah mencari Syahmina.Dia ingin melaksanakan arahan Arisa secepat mungkin.Selepas hampir setengah jam mencari,akhirnya dia menemui Syahmina di bahagian belakang sekolah.Jannah bersuara.
  “Sebelum awak kehilangan Aizril, baik awak mengaku pada tentang perasaan awak yang sebenar.”
  “Apa yang awak cakap ni? Semuanya dah berakhir.”
  “Awak pasti?”
  “??”
  “Saya cuma boleh beritahu awak satu benda je.”
  “Apa dia?”
  “Bila kita kehilangan sesuatu,baru kita menghargainya.Awak faham,kan?”
  “......”
Syahmina dan Jannah saling berpandangan untuk beberapa saat. “Awak tak nak menyesal di masa hadapan,bukan? Jadi, dapatkannya sebelum terlambat.”
  “Aizril ada kat kelas dia.” Jannah menunding jari ke tingkat tiga.
  “S-Saya....Saya pergi dulu!!!!!” Syahmina berlari ke arah blok sekolah,menuju ke tingkat 3.
Jannah menarik nafas.Dia tersengih. Dia mencapai telefon bimbitnya.
  “Hello, Syahmina dalam perjalanan ke kelas Aizril.”
  “Hmm...Thanks!” Arisa menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam poket baju.Dia mendengar derapan tapak yang sedang menghampiri tempat dia berada.Pintu ditolak laju.Muka Syahmina yang berpeluh terpancul dari pintu.
  “Ah!” Syahmina tersentak.Bukan....Aizril ke yang patut ada kat sini?
  “Oh,Syahmina.Lama tak jumpa. Sejak...saya rampas Aizril.” Arisa senyum nakal.
  “I-Itu... A-Apa maksud awak rampas? B-Bila masa saya suka Aizril? Lagipun,mana dia?
‘AISSHHH!! Tak mengaku pulak dah..memang kepala batu betul la minah ni!’ rungut Arisa dalam hati.
  “Aizril? Dia dah balik.Kenapa?”
  “Ada benda yang saya nak cakap pada dia..”
  “Hmm....jangan cakap yang awak suka dia?”
  “A-Apa..?”
  “Dia ‘boyfriend’ saya! Kalau awak suka dia pun,saya takkan lepaskan dia.”
  “S-Saya...”
  “Dah lama Aizril sukakan awak....tapi awak menolak dia setiap kali dia jujur tentang perasaan dia.Sekarang baru awak nak menyesal?!!! Awak memang bodoh!!” ujar Arisa dengan muka yang kejam.
Arisa meneruskan kata-katanya.”Sekarang awak baru nak sedar? Dah terlambat! Dendam saya dah terbalas!! Ini adalah balasan sebab selalu buat saya didenda! Semuanya salah awak! Sebab awak lambat untuk beritahu perasaan awak yang sebenar. BODOH!!!” 
  “YA! MEMANG! MEMANG SAYA BODOH! SAYA BODOH SEBAB SAYA TAK PERNAH LUAHKAN APA YANG SAYA RASA PADA AIZRIL!!!!
Arisa mendiamkan sambil melihat Syahmina air mata yang jatuh dengan deras.
 Syahmina menyambung kata-katanya. “Sebab tulah.....Sebab tulah saya...nak kata jumpa dia dan kata pada dia yang saya pun...... sukakan dia... ”
  “.........”
  “Tapi dah terlambat.Dia dah suka pada orang lain.Dia suka pada awak.” Syahmina tunduk.
  “Bila masa saya berhenti suka  pada awak?” suara Aizril menyapa gegendang telindang Syahmina
Syahmina mengangkat muka. “A-Apa?”
Aizril muncul secara tiba-tiba di balik pintu.Syahmina terkejut sehingga matanya tak berkelip.
  “Dan...bila masa Aizril suka pada saya?” Arisa mengajukan soalan.
  “K-Kenapa...A-Aizril kat sini? A-apa....?”
  “Aizril tak balik pun.Dia ada kat belakang pintu tu selama ni.” Arisa menjawab soalan Syahmina.
  “T-Tapi..awak kata yang Aizril tu ‘boyfriend’ awak dan....khabar angin tu...?”
  “Khabar angin tu..kami yang sebarkan.Fasal ‘boyfriend’ tu...saya tak maksudkan Aizril tu ‘teman lelaki’ saya,tapi sebagai ‘kawan lelaki’.Itu je.’Boyfriend kalau dialih bahasa akan menjadi ‘kawan lelaki’. Kan,Aizril?
  “Umm.” Aizril mengganguk.    
  “Balas dendam tu?” Syahmina berpaling kearah Arisa.
  “Saja nak buat dramatik sikit. Seronok,rasanya macam watak orang jahat dalam drama melayu.”
  “Err...?”
  “Saya nak keluar.Saya tunggu kat tangga depan kelas awak.Saya bagi masa 5 minit untuk  selesaikan semuanya.Tak elok lelaki dengan perempuan berada dalam keadaan yang sunyi.Ingat! Lima minit je.” Arisa keluar dari kelas dengan meninggalkan pintu kelas terbuka supaya tidak menimbulkan fitnah.’ Harap-harap semuanya berakhir dengan gembira...’
 
Aizril dan Syahmina tidak menunjukkan sebarang reaksi.Selepas beberapa detik, Aizril bersuara.
  “Awak..ada nak cakap apa-apa pada saya?”
  “......................”
  “Kalau tak ada, saya nak balik.” Aizril memusingkan badannya membelakangi Syahmina.Dia melangkah setapak.
  “Kejap!” Syahmina menahan Aizril.
Aizril mengangkat kening sebelah. “Ada apa?”
  “S-Saya....su-suka...a-awak...” luah Syahmina dengan nada yang perlahan namun masih dapat didengari oleh Aizril.
  “Apa? Tak dengar. Perlahan sangat..” Aizril buat-buat pekak ketika itu.Dia sengaja mengusik Syahmina yang kini merah padam.
  “Saya suka awak.” Syahmina mengulangi kata-katanya buat kali kedua?”
  “Apa? Sorry, didn’t catch that.”
  “SAYA SUKA AWAK!!”
Syahmina tunduk kerana merasakan mukanya panas semacam.Aizril pula hanya memerhatikan Syahmina dengan wajah yang serius.
  “Dah lama saya nantikan saat ni. Sekarang,barulah saya ada keyakinan nak propose awak.” Aizril tersenyum kegembiraan.
  “E-Eh???? Pro-Propose??!!” mata Syahmina terbuntang luas.
  Aizril menghulurkan tapak tangannya kepada Syahmina. Terdapat sekeping origami berbentuk hati di atas tapak tangan Aizril. Aizril meletakkan origami itu diatas meja.
  “Origami hati melambangkan hati saya. Andai kata selepas berapa waktu, kita masih menyukai satu sama lain dan waktu itu, kita sudah cukup matang untuk memilih........ Nak tak awak...kahwin dengan saya?”
  “ Saya........”
  “ Saya cuma boleh minta awak tunggu sahaja untuk beberapa tahun lagi. Andai kata umur kita masih panjang, saya akan cari awak dan melamar awak. Saya suruh awak tunggu sebab saya tak nak ada hubungan yang tak halal diantara kita. Lepas ni, hubungan kita hanya kawan biasa. Tapi awak kena ingat kata-kata saya tadi. Saya akan melamar awak apabila masanya tiba.”
  “ Tapi, macam mana kalau mak ayah awak dah ada calon untuk awak?”
  “ Tak mungkin.”
  “Kenapa awak cakap macam tu?”
  “Saya dah beritahu ibu-bapa saya fasal awak dan niat saya dalam masa beberapa tahun lagi...Mereka tak kisah tentang siapa yang saya suka, cuma mereka suruh saya fokus dulu dalam pelajaran.”
  “ Setuju ke tak? Kalau ya, ambil origami tu dan simpannya elok-elok. Kalau tak, tinggalkan origami tu dan keluar dari kelas ni.”
Syahmina tanpa teragak-agak mencapai origami tu dan terus berjalan ke pintu sambil membelakangi Aizril. Dia berhenti betul-betul hadapan kelas itu.
  “Saya akan tunggu saat tu tiba. Buat masa sekarang, kita buat-buat tak kenal.” kata Syahmina  tanpa memandang Aizril.
  “ Terima kasih.” Aizril tersenyum melihat kelakuan Syahmina.
Syahmina terus meninggalkan kelas itu dan menuruni tangga. Aizril turut keluar dari kelasnya. Arisa dan Aizril bergerak ke pagar utama sekolah. Kelihatan dua susuk tubuh sedang berdiri di situ.
  “ Faris! Jannah! Kita dah berjaya!” Arisa bersorak sepuas-puasnya kerana berjaya melaksanakan misinya. Mereka bertiga tergelak melihat Arisa yang agak keanak-anakan. Mereka berempat bersetuju untuk pulang kerana ketika itu hari sudah hampir senja.
  “Aizril.” Arisa memanggil Aizril sebelum mereka berpisah mengikut haluan masing-masing.
  “Hmm?”
  “Ingat janji awak.
  “Janji apa?”
  “ Takkan jadikan Syahmina kekasih awak kalau dia mengaku dia yang sukakan awak.”
  “Oh. Jangan risau. Saya tak merancang pun nak buat macam tu. Saya nak dia jadi isteri saya, bukan kekasih saya.”
  “Saya percaya pada awak. Selamat tinggal.” Arisa melambaikan tangannya dan berlari mengejar Jannah yang sudah jauh meninggalkannya.

  “ Baguslah, rancangan awak dah berjaya. Tahniah.” Jannah menepuk bahu Arisa.
  “ Bagus memang bagus. Tapi saya ada satu lagi masalah yang saya tak selesaikan lagi.”
  “ Masalah apa lagi? Ceritalah, mungkin saya boleh tolong awak.”

  “ Terima kasih, tapi saya nak selesaikan masalah tu sendiri.”

Wednesday 7 August 2013

Bab 5:  Origami

Hari ini adalah hari ketiga Arisa dan Faris belajar melipat origami bersama Naim. Naim nampaknya bersungguh-sungguh melatih mereka.Pertandingan itu diadakan pada esok hari.Selepas 3 jam mereka berlatih di rumah Naim,akhirnya mereka berdua berjaya menguasai teknik melipat origami yang diajar oleh Naim. Mereka menarik nafas lega.

  “Bagus! You guys dah berjaya!” puji Naim sambil mengutip salah satu origami dari atas lantai.
 Arisa bersandar pada sofa manakala Faris pula sedang terbaring di atas lantai.Naim menggeleng kepala melihat telatah kawan-kawannya.
  “Sebagai balasan sebab dah kerja keras,I masak spageti untuk you guys.Bagi I masa 30 minit.” Naim terus berlalu ke dapur.
  “Uh....tak sangka penat juga buat origami ni.” Arisa merungut.
  “Sekurang-kurangnya kita dapat belajar benda baru.Jangan nak merungut.” Faris memejamkan mata.
  “Rumah Naim cantik.Kemas dan tersusun.” Arisa memerhatikan rekaan dalaman rumah Naim.Kebanyakan perabot berjenama Ikea.Warnanya pula sesuai dengan perabot.Faris tidak membalas.Arisa menoleh kearah Faris dan melihat Faris sedang tidur.Naim melangkah keluar dari dapur sambil membawa dulang.
  “Faris tidur? Susah payah I buat spageti ni.” Naim merungut.
  “Jangan risaulah.Faris bangun nanti,dia makanlah.” jawab Arisa sambil tersenyum.
  “I nak tanya you sesuatu.” kata Naim sambil duduk di atas kerusi di meja makan.
  “Apa dia?”
  “Hari tu...I ada dengar you cakap sesuatu mengenai ‘Prince Charming’.Apa benda tu?”
  “Oh.Saya sebenarnya ada satu impian.Saya nak cari seorang ‘Prince Charming.”
  “Kenapa you nak cari ‘Prince Charming’?”
  “Entahlah.Mungkin terpengaruh dengan cerita dongeng dan kisah hidup ibu saya.”
  “Ha?”
  “Sebelum ibu saya kahwin dengan ayah saya...Ibu saya selalu impikan nak seseorang yang boleh melindungi dia.Ibu kata orang yang macam tu,dia gelarkan orang tu sebagai ‘Prince Charming.’ Kali pertama ibu saya jumpa ayah saya apabila satu hari dia diserang oleh beberapa orang penjahat.Waktu ibu saya cuba melawan,ada seorang lelaki tiba-tiba datang selamatkan dia.Walaupun orang tu tak pandai berlawan,dia tetap berusaha nak selamatkan ibu saya.Akhirnya dia berjaya selamatkan ibu saya walaupun cedera teruk.Lepas tu orang senyum pada ibu saya dan suruh dia hati-hati.Waktu tu,ibu saya jatuh hati dengan orang tu.Selepas kejadian tu,mereka bertemu sekali lagi dan berkenalan.Mereka berdua jatuh hati sesama sendiri dan  berkahwin.Orang tu adalah ayah saya.Ayah saya adalah ‘Prince Charming’ ibu saya.” Arisa menghabiskan ceritanya dengan senyuman.
 
  “Sweetnya.” komen Naim sambil tersenyum.
  “Sweet,kan?” Arisa turut bersetuju.
  “Tapi,I rasa awak tak perlu cari ‘Prince Charming’.”
  “Eh?”
  “Your Prince Charming will shows up when the time comes.Macam apa yang you kata,ibu you tak cari pun ayah you.Tapi diorang still bertemu.Ibu you still bertemu bertemu dengan ‘Prince Charming’ dia,iaitu ayah you.”
  “Mungkin betul.”
  “One more thing,you sedar tak yang ‘Prince Charming’ yang you cari mungkin orang yang paling dekat dengan you tanpa you sedari?” kata Naim sambil memandang kearah Faris.
  “Apa?”
  “Tak ada apa-apa.”
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

  Pagi keesokan harinya..............

Pertandingan origami akan dimulakan dalam masa 10 minit.Peserta-peserta diminta untuk mengambil tempat masing-masing.Arisa menarik nafas.Faris mengambil duduk bersebelahan dengan Arisa.Kebetulan tempat mereka bersebelahan dengan tempat Jannah dan Syahirah.
  “Baiklah,peserta-peserta diminta untuk mengambil tempat.Kami akan mula mengedarkan kertas A4.Harap semua peserta bersedia.” Pengadil pertandingan memberi arahan.
Arisa dan Faris mengangguk.Jannah menunjukkan isyarat thumbs-up pada mereka berdua.
   “Pertandingan bermula sekarang!”

Para peserta mula mengambil kertas A4 dan melipat kertas dengan pelbagai teknik lipatan.Faris telah menyiapkan tiga jenis origami.Masa yang diberikan adalah 10 minit untuk menyiapkan 18 origami yang berlainan jenis.Kumpulan yang menyiapkan 18 origami dengan pantas dan kemas dikira sebagai pemenang.Terdapat 8 kumpulan yang bertanding.Arisa telah menyiapkan 4 origami dalam tempoh masa 2 minit.Arisa menoleh ke kanan dan melihat kumpulan  Jannah telah menyiapkan 10 origami dalam masa 6 minit.
  “Masa hanya tinggal 2 minit lagi.Pantaskan pergerakan anda!”
Aizril telah pun menyiapkan 12 origami.Arisa sedang melipat origaminya yang terakhir.Kumpulan Jannah telah pun menyiapkan kesemua origami mereka.Tinggal beberapa saat lagi sebelum pertandingan ditamatkan.
   “Baiklah.Para peserta diminta berhenti.Tinggalkan origami-origami anda di atas meja.Keputusan akan diumumkan petang ini.Anda semua diminta untuk berkumpul di dewan pada pukul 5 petang.Para peserta boleh beredar.”

Jannah,Arisa,Faris dan Syahirah keluar dan berjalan menuju ke kantin.Mereka berempat duduk di meja berdekatan dengan kaunter makanan.
  “Korang nak makan apa?” Faris bertanya.
  “Aku nak mi sanggul goreng.Jannah nak nasi goreng kampung.Syahirah nak bihun sup.” Arisa menjawab soalan Faris.
  “Tunggu sekejap, aku nak pergi order.” Faris berjalan ke kaunter makanan.
  “Faris tu gentleman la. Pergi order untuk kita.” Syahirah meluahkan pendapatnya.
  “Faris memang macam tu. Baik,lemah-lembut dan selalu tersenyum.” Jannah bersetuju dengan kata-kata Syahirah.
  “Hadiah untuk pertandingan origami tu...hadiah apa?” tanya Arisa.
  “Tempat pertama RM600 untuk satu kumpulan.Tempat kedua RM 400.Tempat ketiga RM200.” Jannah menjawab.
  “Lumayan.”
  “Memang pun.”Jannah mengganguk.
  “Makanan dah sampai!” laung Faris dari jauh.
  “Cepat sikit, kitaorang lapar ni.” tukas Arisa.
  “Iye, iye. Sabarlah sikit.” Faris meletakkan dulang makanan di atas meja.
  “Jom makan!” 
Mereka mula mengagihkan makanan masing-masing.Mereka membaca doa makan beramai-ramai menunjukkan rasa syukur di atas rezeki pemberian dari Ilahi.Mereka mula menyuapkan makanan.
  “Arisa, jangan nak bubuh lada hitam banyak sangat. Nanti tak termakan pulak.” Faris memberi amaran apabila melihat Arisa menaburkan lada hitam ke dalam mi sanggulnya dengan banyak.
  “Ala, sikit je ni.Jangan risaulah.” jawab Arisa.
  “Korang ni macam suami isteri la. Caring semacam je.” komen Syahirah.
Jannah menahan ketawa. Arisa terbatuk. Faris tersenyum. Faris memandang wajah Arisa.
  ‘Suami isteri? Boleh jugak.’ getus Faris dalam hati.
  “Sudah! Cepat makan.Nanti sejuk pula.” Jannah memberi arahan.
  “Ok,ok.” Mereka menyambung suapan mereka tanpa bersuara.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Tepat jam 5 petang, Arisa,Faris,Jannah dan Syahirah bergerak ke dewan sekolah.Kebanyakan peserta telah pun tiba di dewan.
  “Baiklah.Sekarang kita akan mengumumkan pemenang-pemenang bagi pertandingan origami peringkat sekolah.Dipersilakan pengetua untuk naik ke pentas.” Juruacara majlis menjemput tuan pengetua untuk naik ke pentas.

  “Baiklah,tempat pertama....dimenangi oleh JANNAH BINTI TAJUDIN DAN SYAHIRAH BINTI ROSLI!!!!!!!!!!!!”
Syahirah dan Jannah bertepuk tangan.Kemenangan milik mereka.Arisa sedikit kecewa.
  “Tempat kedua...dimenangi oleh NURUL ILIYA BINTI ROZANI DAN NUR ANIS SYAMIMI BINTI ABDUL KADIR!!!!!!!!”
Jannah dan Syahirah saling berpandangan.’Arisa dengan Faris tak menang ke?’
  “Tempat ketiga...dimenangi oleh....NUR ARISA QAISARA BINTI ABDUL SYAFIQ DAN TENGKU FARIS ISKANDAR BIN TENGKU MALIK!!!!!!!!!!”
Mata Arisa terbuntang.Jannah menepuk bahu Arisa. “Pergilah naik atas pentas,ambil hadiah.”
Arisa dan Faris menaiki pentas dengan perasaan sedikit terkejut.
  “Macam mana kita boleh menang?” Arisa bertanya ketika gambar mereka berdua ditangkap di atas pentas.
Faris mengangkat bahu. ”Berkat tunjuk ajar Naim kot? “ kata Faris setelah mereka turun dari pentas.
  “Betul ke?” tanya Arisa,ragu-ragu.
  “Entah.” jawab Faris sambil  melirik kearah jam tangan Ice miliknya.Muka Faris berkerut.
  “Kenapa?”
  “Aku kena balik. Dah lewat ni.”
  “Lewat? Baru pukul 5:45 petang.”
  “Maaf, aku kena balik sekarang.” Faris terus berlari kearah pintu dewan.
  “Apahal dengan dia tu?” Arisa merungut seorang diri.Jannah dan Syahirah menghampiri Arisa.
  “Kenapa dengan Faris?” tanya Jannah.
  “Tak tahulah.Katanya dia kena balik sebab dah lewat.” balas Arisa.
  “Hmm..bercakap fasal balik..saya dengan Syahirah kena balik sebab kami dah janji nak balik awal.”
  “Oh.”
  “Tak nak balik sekali?”
  “Takpe.Baliklah dulu.Saya nak ambil barang kat kelas.”
  “Ok.Bye-bye.” Jannah melambaikan tangan pada Arisa.
  “Bye.”
Arisa terus bergerak ke kelas.Dia berjalan ke mejanya dan mengambil buku tulis Fizik dari bawah mejanya.
  “Arisa?”  satu suara memanggil Arisa.
Arisa tersentak.Dia menoleh ke belakang.
  “Naim? Apa yang awak buat kat sini?”
  “Ambil beg.I tinggal beg dalam kelas.”
  “Oh.”
  “Nah.” Naim menghulurkan 2 buah buku sederhana tebal kepada Arisa.
  “Apa ni?”
  “Hadiah.Tahniah sebab berjaya dapat tempat ketiga.”
  “Terima kasih.”
  “Bagi satu kat Faris.”
  “Ok.”
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Selepas berjumpa dengan Naim,Arisa terus bergerak menuju ke rumah Faris.Dia ingin menyerahkan buku yang diberi oleh Naim kepada Faris secepat mungkin.Selepas 15 minit berjalan kaki,akhirnya dia sampai di hadapan pintu rumah Faris.Arisa mengetuk pintu rumah Faris yang merupakan banglo yang agak mewah.
  “Assalamualaikum....” Arisa memberi salam..
  “Walaikumussalam.” muka Faris tersembul dari celah-celah pintu.
  “Hello.” Arisa selamba menutur kata.
  “A-Arisa?! Apa yang kau buat kat sini?!” Faris kelihatan terkejut.
  “Kenapa? Tak suka aku datang?”
  “Taklah..Jadi kenapa kau datang?”
  “Aku nak bagi hadiah. Hadiah dari Naim.” Arisa menunjukkan buku itu.
  “Thanks.”
  “Aku nak masuk,boleh?”
  “Tak boleh.” jawab Faris,tegas.
 Arisa memandang wajah Faris dengan ekspresi muka yang menunjukkan dia tertanya-tanya.
  “Baliklah.”
  “Tapi..”
  “Baliklah, please.” Faris tersenyum sayu. Arisa terdiam.
  “Fine.” Arisa berjalan meninggalkan rumah Faris.Faris menarik nafas lega.Dia menutup pintu.
Arisa berpaling.Selepas berjalan beberapa meter,dia berpatah balik.’Ingat aku nak blah macam tu je?’.Arisa merangkak ke bawah tingkap di bahagian luar rumah Faris. Dia duduk di situ untuk beberapa minit. Arisa mendengar suara dari dalam rumah. Dia mengangkat muka dan ternampak Faris sedang berdiri di tengah-tengah ruang tamu. Arisa tersentak apabila melihat satu tamparan tiba-tiba hinggap di pipi Faris. Faris tertunduk sambil memegang pipinya.yang kini berdarah. Arisa menekup mulutnya sendiri, tidak percaya apa yang sedang dilihat. Faris hanya berdiri di situ, kaku. Orang yang telah menampar Faris merupakan seorang perempuan yang berusia dalam lingkungan 30-an. Arisa menyaksikan Faris dipukul dan ditengking. Arisa mengeluarkan telefon bimbitnya dan merakam aksi ibu tiri Faris yang ‘brutal’ itu .Arisa mengenggam penumbuknya untuk menahan diri dari bertindak secara tidak waras. Selepas beberapa minit, akhirnya ibu tiri Faris berhenti. Arisa turutkan menghentikan rakamannya lalu merangkak keluar dari kawasan rumah Faris. Arisa mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor Faris.Panggilannya diangkat serta-merta.
  “Arisa..kenapa telefon?”
  “Kenapa dengan suara kau?” Arisa sengaja bertanya walaupun dia tahu sebabnya.
  “Itu..sebab..aku..jatuh tadi. Pipi aku cedera sikit.”
  “Oh.”
  “Kenapa telefon?”
  “Emm..aku..ayah kau ada kat rumah?” soalan itu terpancul dari mulut Arisa.
  “Tak ada. Dia ada kat Rusia. Lagi 2 minggu dia balik.”
Arisa terdiam.’Kat Rusia pulak dah..’ .Arisa merungut seorang diri.
  “Kenapa tanya?”
  “Tak. Tak ada apa. Selamat malam.”
  “Selamat malam.”
Arisa meletakkan telefon bimbitnya ke dalam beg sekolahnya.Dia meneruskan langkah.Dia memutar memori ketika dia bertanya kepada Faris mengenai luka-luka yang berada di lengan Faris.Apa yang Faris buat cuma....tersenyum dan kata ‘Jangan risau’.
Arisa mendongakkan kepala,melihat bintang-bintang yang berkerlipan di langit.Dia mengeluh.Kenapa dia tak pernah tahu? Kenapa dia tak pernah sedar? Setiap kali Arisa menanyakan soalan pada Faris,Faris hanya tersenyum.Senyuman itu selalu terukir di bibir Faris.
Arisa mendiamkan diri untuk beberapa ketika.Arisa menutur satu kata.

  “Faris...”