Wednesday 7 August 2013

Bab 5:  Origami

Hari ini adalah hari ketiga Arisa dan Faris belajar melipat origami bersama Naim. Naim nampaknya bersungguh-sungguh melatih mereka.Pertandingan itu diadakan pada esok hari.Selepas 3 jam mereka berlatih di rumah Naim,akhirnya mereka berdua berjaya menguasai teknik melipat origami yang diajar oleh Naim. Mereka menarik nafas lega.

  “Bagus! You guys dah berjaya!” puji Naim sambil mengutip salah satu origami dari atas lantai.
 Arisa bersandar pada sofa manakala Faris pula sedang terbaring di atas lantai.Naim menggeleng kepala melihat telatah kawan-kawannya.
  “Sebagai balasan sebab dah kerja keras,I masak spageti untuk you guys.Bagi I masa 30 minit.” Naim terus berlalu ke dapur.
  “Uh....tak sangka penat juga buat origami ni.” Arisa merungut.
  “Sekurang-kurangnya kita dapat belajar benda baru.Jangan nak merungut.” Faris memejamkan mata.
  “Rumah Naim cantik.Kemas dan tersusun.” Arisa memerhatikan rekaan dalaman rumah Naim.Kebanyakan perabot berjenama Ikea.Warnanya pula sesuai dengan perabot.Faris tidak membalas.Arisa menoleh kearah Faris dan melihat Faris sedang tidur.Naim melangkah keluar dari dapur sambil membawa dulang.
  “Faris tidur? Susah payah I buat spageti ni.” Naim merungut.
  “Jangan risaulah.Faris bangun nanti,dia makanlah.” jawab Arisa sambil tersenyum.
  “I nak tanya you sesuatu.” kata Naim sambil duduk di atas kerusi di meja makan.
  “Apa dia?”
  “Hari tu...I ada dengar you cakap sesuatu mengenai ‘Prince Charming’.Apa benda tu?”
  “Oh.Saya sebenarnya ada satu impian.Saya nak cari seorang ‘Prince Charming.”
  “Kenapa you nak cari ‘Prince Charming’?”
  “Entahlah.Mungkin terpengaruh dengan cerita dongeng dan kisah hidup ibu saya.”
  “Ha?”
  “Sebelum ibu saya kahwin dengan ayah saya...Ibu saya selalu impikan nak seseorang yang boleh melindungi dia.Ibu kata orang yang macam tu,dia gelarkan orang tu sebagai ‘Prince Charming.’ Kali pertama ibu saya jumpa ayah saya apabila satu hari dia diserang oleh beberapa orang penjahat.Waktu ibu saya cuba melawan,ada seorang lelaki tiba-tiba datang selamatkan dia.Walaupun orang tu tak pandai berlawan,dia tetap berusaha nak selamatkan ibu saya.Akhirnya dia berjaya selamatkan ibu saya walaupun cedera teruk.Lepas tu orang senyum pada ibu saya dan suruh dia hati-hati.Waktu tu,ibu saya jatuh hati dengan orang tu.Selepas kejadian tu,mereka bertemu sekali lagi dan berkenalan.Mereka berdua jatuh hati sesama sendiri dan  berkahwin.Orang tu adalah ayah saya.Ayah saya adalah ‘Prince Charming’ ibu saya.” Arisa menghabiskan ceritanya dengan senyuman.
 
  “Sweetnya.” komen Naim sambil tersenyum.
  “Sweet,kan?” Arisa turut bersetuju.
  “Tapi,I rasa awak tak perlu cari ‘Prince Charming’.”
  “Eh?”
  “Your Prince Charming will shows up when the time comes.Macam apa yang you kata,ibu you tak cari pun ayah you.Tapi diorang still bertemu.Ibu you still bertemu bertemu dengan ‘Prince Charming’ dia,iaitu ayah you.”
  “Mungkin betul.”
  “One more thing,you sedar tak yang ‘Prince Charming’ yang you cari mungkin orang yang paling dekat dengan you tanpa you sedari?” kata Naim sambil memandang kearah Faris.
  “Apa?”
  “Tak ada apa-apa.”
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

  Pagi keesokan harinya..............

Pertandingan origami akan dimulakan dalam masa 10 minit.Peserta-peserta diminta untuk mengambil tempat masing-masing.Arisa menarik nafas.Faris mengambil duduk bersebelahan dengan Arisa.Kebetulan tempat mereka bersebelahan dengan tempat Jannah dan Syahirah.
  “Baiklah,peserta-peserta diminta untuk mengambil tempat.Kami akan mula mengedarkan kertas A4.Harap semua peserta bersedia.” Pengadil pertandingan memberi arahan.
Arisa dan Faris mengangguk.Jannah menunjukkan isyarat thumbs-up pada mereka berdua.
   “Pertandingan bermula sekarang!”

Para peserta mula mengambil kertas A4 dan melipat kertas dengan pelbagai teknik lipatan.Faris telah menyiapkan tiga jenis origami.Masa yang diberikan adalah 10 minit untuk menyiapkan 18 origami yang berlainan jenis.Kumpulan yang menyiapkan 18 origami dengan pantas dan kemas dikira sebagai pemenang.Terdapat 8 kumpulan yang bertanding.Arisa telah menyiapkan 4 origami dalam tempoh masa 2 minit.Arisa menoleh ke kanan dan melihat kumpulan  Jannah telah menyiapkan 10 origami dalam masa 6 minit.
  “Masa hanya tinggal 2 minit lagi.Pantaskan pergerakan anda!”
Aizril telah pun menyiapkan 12 origami.Arisa sedang melipat origaminya yang terakhir.Kumpulan Jannah telah pun menyiapkan kesemua origami mereka.Tinggal beberapa saat lagi sebelum pertandingan ditamatkan.
   “Baiklah.Para peserta diminta berhenti.Tinggalkan origami-origami anda di atas meja.Keputusan akan diumumkan petang ini.Anda semua diminta untuk berkumpul di dewan pada pukul 5 petang.Para peserta boleh beredar.”

Jannah,Arisa,Faris dan Syahirah keluar dan berjalan menuju ke kantin.Mereka berempat duduk di meja berdekatan dengan kaunter makanan.
  “Korang nak makan apa?” Faris bertanya.
  “Aku nak mi sanggul goreng.Jannah nak nasi goreng kampung.Syahirah nak bihun sup.” Arisa menjawab soalan Faris.
  “Tunggu sekejap, aku nak pergi order.” Faris berjalan ke kaunter makanan.
  “Faris tu gentleman la. Pergi order untuk kita.” Syahirah meluahkan pendapatnya.
  “Faris memang macam tu. Baik,lemah-lembut dan selalu tersenyum.” Jannah bersetuju dengan kata-kata Syahirah.
  “Hadiah untuk pertandingan origami tu...hadiah apa?” tanya Arisa.
  “Tempat pertama RM600 untuk satu kumpulan.Tempat kedua RM 400.Tempat ketiga RM200.” Jannah menjawab.
  “Lumayan.”
  “Memang pun.”Jannah mengganguk.
  “Makanan dah sampai!” laung Faris dari jauh.
  “Cepat sikit, kitaorang lapar ni.” tukas Arisa.
  “Iye, iye. Sabarlah sikit.” Faris meletakkan dulang makanan di atas meja.
  “Jom makan!” 
Mereka mula mengagihkan makanan masing-masing.Mereka membaca doa makan beramai-ramai menunjukkan rasa syukur di atas rezeki pemberian dari Ilahi.Mereka mula menyuapkan makanan.
  “Arisa, jangan nak bubuh lada hitam banyak sangat. Nanti tak termakan pulak.” Faris memberi amaran apabila melihat Arisa menaburkan lada hitam ke dalam mi sanggulnya dengan banyak.
  “Ala, sikit je ni.Jangan risaulah.” jawab Arisa.
  “Korang ni macam suami isteri la. Caring semacam je.” komen Syahirah.
Jannah menahan ketawa. Arisa terbatuk. Faris tersenyum. Faris memandang wajah Arisa.
  ‘Suami isteri? Boleh jugak.’ getus Faris dalam hati.
  “Sudah! Cepat makan.Nanti sejuk pula.” Jannah memberi arahan.
  “Ok,ok.” Mereka menyambung suapan mereka tanpa bersuara.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Tepat jam 5 petang, Arisa,Faris,Jannah dan Syahirah bergerak ke dewan sekolah.Kebanyakan peserta telah pun tiba di dewan.
  “Baiklah.Sekarang kita akan mengumumkan pemenang-pemenang bagi pertandingan origami peringkat sekolah.Dipersilakan pengetua untuk naik ke pentas.” Juruacara majlis menjemput tuan pengetua untuk naik ke pentas.

  “Baiklah,tempat pertama....dimenangi oleh JANNAH BINTI TAJUDIN DAN SYAHIRAH BINTI ROSLI!!!!!!!!!!!!”
Syahirah dan Jannah bertepuk tangan.Kemenangan milik mereka.Arisa sedikit kecewa.
  “Tempat kedua...dimenangi oleh NURUL ILIYA BINTI ROZANI DAN NUR ANIS SYAMIMI BINTI ABDUL KADIR!!!!!!!!”
Jannah dan Syahirah saling berpandangan.’Arisa dengan Faris tak menang ke?’
  “Tempat ketiga...dimenangi oleh....NUR ARISA QAISARA BINTI ABDUL SYAFIQ DAN TENGKU FARIS ISKANDAR BIN TENGKU MALIK!!!!!!!!!!”
Mata Arisa terbuntang.Jannah menepuk bahu Arisa. “Pergilah naik atas pentas,ambil hadiah.”
Arisa dan Faris menaiki pentas dengan perasaan sedikit terkejut.
  “Macam mana kita boleh menang?” Arisa bertanya ketika gambar mereka berdua ditangkap di atas pentas.
Faris mengangkat bahu. ”Berkat tunjuk ajar Naim kot? “ kata Faris setelah mereka turun dari pentas.
  “Betul ke?” tanya Arisa,ragu-ragu.
  “Entah.” jawab Faris sambil  melirik kearah jam tangan Ice miliknya.Muka Faris berkerut.
  “Kenapa?”
  “Aku kena balik. Dah lewat ni.”
  “Lewat? Baru pukul 5:45 petang.”
  “Maaf, aku kena balik sekarang.” Faris terus berlari kearah pintu dewan.
  “Apahal dengan dia tu?” Arisa merungut seorang diri.Jannah dan Syahirah menghampiri Arisa.
  “Kenapa dengan Faris?” tanya Jannah.
  “Tak tahulah.Katanya dia kena balik sebab dah lewat.” balas Arisa.
  “Hmm..bercakap fasal balik..saya dengan Syahirah kena balik sebab kami dah janji nak balik awal.”
  “Oh.”
  “Tak nak balik sekali?”
  “Takpe.Baliklah dulu.Saya nak ambil barang kat kelas.”
  “Ok.Bye-bye.” Jannah melambaikan tangan pada Arisa.
  “Bye.”
Arisa terus bergerak ke kelas.Dia berjalan ke mejanya dan mengambil buku tulis Fizik dari bawah mejanya.
  “Arisa?”  satu suara memanggil Arisa.
Arisa tersentak.Dia menoleh ke belakang.
  “Naim? Apa yang awak buat kat sini?”
  “Ambil beg.I tinggal beg dalam kelas.”
  “Oh.”
  “Nah.” Naim menghulurkan 2 buah buku sederhana tebal kepada Arisa.
  “Apa ni?”
  “Hadiah.Tahniah sebab berjaya dapat tempat ketiga.”
  “Terima kasih.”
  “Bagi satu kat Faris.”
  “Ok.”
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Selepas berjumpa dengan Naim,Arisa terus bergerak menuju ke rumah Faris.Dia ingin menyerahkan buku yang diberi oleh Naim kepada Faris secepat mungkin.Selepas 15 minit berjalan kaki,akhirnya dia sampai di hadapan pintu rumah Faris.Arisa mengetuk pintu rumah Faris yang merupakan banglo yang agak mewah.
  “Assalamualaikum....” Arisa memberi salam..
  “Walaikumussalam.” muka Faris tersembul dari celah-celah pintu.
  “Hello.” Arisa selamba menutur kata.
  “A-Arisa?! Apa yang kau buat kat sini?!” Faris kelihatan terkejut.
  “Kenapa? Tak suka aku datang?”
  “Taklah..Jadi kenapa kau datang?”
  “Aku nak bagi hadiah. Hadiah dari Naim.” Arisa menunjukkan buku itu.
  “Thanks.”
  “Aku nak masuk,boleh?”
  “Tak boleh.” jawab Faris,tegas.
 Arisa memandang wajah Faris dengan ekspresi muka yang menunjukkan dia tertanya-tanya.
  “Baliklah.”
  “Tapi..”
  “Baliklah, please.” Faris tersenyum sayu. Arisa terdiam.
  “Fine.” Arisa berjalan meninggalkan rumah Faris.Faris menarik nafas lega.Dia menutup pintu.
Arisa berpaling.Selepas berjalan beberapa meter,dia berpatah balik.’Ingat aku nak blah macam tu je?’.Arisa merangkak ke bawah tingkap di bahagian luar rumah Faris. Dia duduk di situ untuk beberapa minit. Arisa mendengar suara dari dalam rumah. Dia mengangkat muka dan ternampak Faris sedang berdiri di tengah-tengah ruang tamu. Arisa tersentak apabila melihat satu tamparan tiba-tiba hinggap di pipi Faris. Faris tertunduk sambil memegang pipinya.yang kini berdarah. Arisa menekup mulutnya sendiri, tidak percaya apa yang sedang dilihat. Faris hanya berdiri di situ, kaku. Orang yang telah menampar Faris merupakan seorang perempuan yang berusia dalam lingkungan 30-an. Arisa menyaksikan Faris dipukul dan ditengking. Arisa mengeluarkan telefon bimbitnya dan merakam aksi ibu tiri Faris yang ‘brutal’ itu .Arisa mengenggam penumbuknya untuk menahan diri dari bertindak secara tidak waras. Selepas beberapa minit, akhirnya ibu tiri Faris berhenti. Arisa turutkan menghentikan rakamannya lalu merangkak keluar dari kawasan rumah Faris. Arisa mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor Faris.Panggilannya diangkat serta-merta.
  “Arisa..kenapa telefon?”
  “Kenapa dengan suara kau?” Arisa sengaja bertanya walaupun dia tahu sebabnya.
  “Itu..sebab..aku..jatuh tadi. Pipi aku cedera sikit.”
  “Oh.”
  “Kenapa telefon?”
  “Emm..aku..ayah kau ada kat rumah?” soalan itu terpancul dari mulut Arisa.
  “Tak ada. Dia ada kat Rusia. Lagi 2 minggu dia balik.”
Arisa terdiam.’Kat Rusia pulak dah..’ .Arisa merungut seorang diri.
  “Kenapa tanya?”
  “Tak. Tak ada apa. Selamat malam.”
  “Selamat malam.”
Arisa meletakkan telefon bimbitnya ke dalam beg sekolahnya.Dia meneruskan langkah.Dia memutar memori ketika dia bertanya kepada Faris mengenai luka-luka yang berada di lengan Faris.Apa yang Faris buat cuma....tersenyum dan kata ‘Jangan risau’.
Arisa mendongakkan kepala,melihat bintang-bintang yang berkerlipan di langit.Dia mengeluh.Kenapa dia tak pernah tahu? Kenapa dia tak pernah sedar? Setiap kali Arisa menanyakan soalan pada Faris,Faris hanya tersenyum.Senyuman itu selalu terukir di bibir Faris.
Arisa mendiamkan diri untuk beberapa ketika.Arisa menutur satu kata.

  “Faris...”

No comments:

Post a Comment