Bab 6: Kasih dan Sayang.
Selepas beberapa hari pertandingan
origami berakhir,satu khabar angin merebak.Khabar angin yang mengatakan bahawa
Arisa kini bersama Aizril.Dengan lebih tepat, ‘couple’.Selepas Syahmina
mengetahui mengenai berita tersebut,dia jadi tak keruan.Pagi hari Rabu minggu
pertama selepas berakhirnya pertandingan origami,Syahmina terdengar perbualan 2
rakan sekelasnya yang merupakan pakar gosip.
“Weyh,kau ada dengar tak fasal Aizril ngan Arisa?” Qistina berbisik
kepada rakan baiknya,Fazlin.
“Dengar fasal apa? Citer sikit.” Fazlin membalas bisikan Qistina dengan
perlahan.Walaupun begitu,Syahmina masih dapat mendengar setiap patah perkataan
yang keluar dari mulut mereka berdua.
“Ala,fasal diorang ‘couple’ tu la…Takkan tak tahu kot.”
“Ish,biar betul?” tanya Fazlin,ragu-ragu.
“Betul la.Budak kelas Arisa tanya pada Arisa fasal Aizril,dia kata
diorang memang ‘couple’.”
“Siapa yang kata?”
“Jannah.Budak yang selalu dapat markah tinggi dalam peperiksaan tu.”
“Rasa macam pelik je..”
Fazlin mengakhiri perbualan mereka
apabila terpandang Syahmina dengan wajah yang menyeramkan,memerhatikan
mereka.Syahmina menarik nafas panjang. ‘Suka hati dialah kalau dia nak ‘couple’
ke apa ke….Ada aku kisah?’
Syahmina berjalan dan membuka pintu kelasnya.Tiba-tiba
dia melihat Aizril dan Arisa melintas betul-betul di hadapan pintu kelasnya.
“ ?????!!!! ” Syahmina tersentak.Aizril menoleh ke kanan.
“Syahmina! Apa khabar?” Aizril menegur Syahmina dengan muka yang
keriangan.
“A-Apa?” Syahmina keliru. Arisa mengambil keputusan untuk mendiamkan
diri.
“Ini girlfriend saya, Arisa.Awak kenal dia kan?” kata Aizril sambil
memandang Arisa.
“G-Girlfriend??!!”
Arisa hanya tersenyum dan
mengganguk.”Hello, awak ni....mesti orang yang Aizril pernah suka dulu kan?”
Sakit hati. Satu-satunya perkataan yang
sesuai untuk Syahmina sekarang ini.Syahmina diam. Arisa tersengih.
“Nak join kitaorang makan?” Arisa mengajak Syahmina sambil tersenyum
manis.
“Takpe!! Saya dah kenyang!! Terima kasih!” Syahmina menghempas pintu
kelasnya sekuat hati. Arisa dan Aizril tercengang.
“Comel.” komen Aizril.
“………..” Arisa menjeling.
“Apa?”
“Nothing.”
“So…lepas ni nak buat apa?”
“Maksud?”
“First, awak suruh Jannah sebarkan khabar
angin yag kata kita ‘couple’.Lepas tu suruh berlakon ikut apa yang khabar angin
tu kata. Rancangan yang seterusnya pulak?”
“Kita tunggu.”
“What?!”
“Just wait and see.”
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Syahmina menumbuk meja hingga retak. Rakan-rakan sekelasnya tersentak.
“S-Syahmina...? A-Awak ok?” Fazlin menegur dengan muka berkerut.
“Saya ok.” jawab Syahmina dengan senyuman yang menakutkan.
“E-Err?”
“Saya nak keluar sekejap. Kalau cikgu masuk, kata yang saya ada hal.”
Syahmina menbuka pintu dan terus
beredar. Mereka yang berada di dalam kelas terpinga-pinga.Syahmina bergerak ke
taman botani lalu duduk disitu.Air matanya jatuh tanpa disedari.
Satu tangan menepuk bahunya.Syahmina
berpaling.
“Awak tak apa-apa?” Jannah menyoal.Apa yang dia buat kat sini?
“Ah. Saya tak...”
“Jangan nak tipu.” Jannah memintas kata-kata Syahmina.
“S-Saya..” Syahmina tidak tahu apa yang ingin dikatakannya.
“Saya nak tahu kenapa awak tolak Aizril. Boleh beritahu alasan awak?”
Jannah cuba memujuk.
“Saya nak beri tumpuan pada pelajaran. Saya tak ada masa nak layan
perasaan yang akan memberi masalah kepada saya.” tegas Syahmina.
“Tu hanya alasan,kan?”
“Apa?”
“Tu hanya alasan untuk melarikan diri dari dia. Awak cuba menidakkan
perasaan sendiri dengan mengatakan pelajaran lebih penting. Ada sebab lain awak
tolak dia.Awak tak boleh sembunyikan dari saya.”
“I-Itu..M-Macam m-mana awak tahu?”
“Hehe..rahsia. Boleh beritahu saya sebab yang sebenar?”
“Baiklah...Sebenarnya.. saya rasa yang saya tak layak untuk disukai oleh
Aizril..”
“Ha?”
“Dia anak orang kaya. Saya.. anak...penjual
kuih...Kami..tak...sedarjat....” Syahmina teragak-agak.
“...............”
“Saya..kena pergi.Saya dah lewat ke kelas.” Syahmina meminta dan terus
berlari kearah tangga.
Jannah mengambil telefon bimbitnya dan
mendail nombor telefon Arisa.
“Hello?”
“Arisa,jumpa saya kat Kafe Pudina pukul 3 petang.”
“Kenapa?”
“Ada benda penting nak bagitau.Datang je.”
“Ok, bye.”
“Bye.”
“Jumpa pukul 3 nanti.”
“Um.”
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
“HAAAAA???????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Arisa menjerit akibat terkejut.
“Jangan la menjerit. Pecah cermin nanti.” kata Jannah sambil menutup telinga.
“TAK MASUK AKAL!!!! TAK SEDARJAT??!! APA MAKSUD DIA??!!”
“ARISA!! BERT-E-N-A-N-G!!” Jannah meninggikan suara.Arisa terdiam.
“M-Maaf..”
“Hmm..”
“Saya tak faham. Apa maksud dia dengan tak sedarjat?!”
“Saya pun tak faham sangat.. tapi dia ada kata yang dia dengan Aizril
tak sedarjat sebab Aizril anak orang kaya...dia anak penjual kuih. Lebih kurang
macam tu la.”
“Tapi apa bezanya Aizril dengan Syahmina?! Dua-dua manusia! Dua-dua
kulit warna coklat! Siapa kisah kalau Aizril anak orang kaya dan dia anak
penjual kuih?!”
“Syahmina nampaknya kisah.”
“Saya tak rasa Aizril jenis orang yang macam tu. Dari dulu lagi Aizril
tahu fasal Syahmina dan keluarga dia.Tapi dia tetap tak kisah pun.”
“Saya rasa mungkin Syahmina tak ada keyakinan sebab ‘darjat’ mereka
berdua macam langit dengan bumi.”
“Tak ada keyakinan?! Selama ni dia cari kesalahan saya dan beritahu pada cikgu,punyalah yakin yang
saya budak nakal yang selalu buat kesalahan.” luah Arisa.
“Err...saya rasa awak ni lebih kepada dendam peribadi je..”
“Memang pun.”
“Saya tak ada apa nak dikatakan....”
“Jannah.”
“Hmm?”
“Nak minta tolong,boleh?”
“Apa dia?”
“Yakinkan Syahmina yang dia betul-betul suka Aizril dan bagi dia
menyesal.Bukan menyesal je...tapi sangat-sangat menyesal.”
“Apa yang ada dalam kepala awak?”
“Hehe..buat je.Nanti awak akan tahu.”
“Awak ni..hal-hal macam ni memang expert.”
“Biasa la.” balas Arisa dengan senyuman.
“Saya kena balik.Saya tak siapkan lagi kerja sekolah Fizik.”
“Nak pinjam buku saya?”
“Terima kasih jelah.”
“Jannah.”
“Apa?”
“Esok...... kita akan habiskan ‘drama bersiri’ Aizril dengan Syahmina.”
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Keesokan harinya.....
Awal pagi-pagi lagi Jannah mencari
Syahmina.Dia ingin melaksanakan arahan Arisa secepat mungkin.Selepas hampir
setengah jam mencari,akhirnya dia menemui Syahmina di bahagian belakang
sekolah.Jannah bersuara.
“Sebelum awak kehilangan Aizril, baik awak mengaku pada tentang perasaan
awak yang sebenar.”
“Apa yang awak cakap ni? Semuanya dah berakhir.”
“Awak pasti?”
“??”
“Saya cuma boleh beritahu awak satu benda je.”
“Apa dia?”
“Bila kita kehilangan sesuatu,baru kita menghargainya.Awak faham,kan?”
“......”
Syahmina dan Jannah saling berpandangan
untuk beberapa saat. “Awak tak nak menyesal di masa hadapan,bukan? Jadi, dapatkannya
sebelum terlambat.”
“Aizril ada kat kelas dia.” Jannah menunding jari ke tingkat tiga.
“S-Saya....Saya pergi dulu!!!!!” Syahmina berlari ke arah blok
sekolah,menuju ke tingkat 3.
Jannah menarik nafas.Dia tersengih. Dia
mencapai telefon bimbitnya.
“Hello, Syahmina dalam perjalanan ke kelas Aizril.”
“Hmm...Thanks!” Arisa menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam poket
baju.Dia mendengar derapan tapak yang sedang menghampiri tempat dia berada.Pintu
ditolak laju.Muka Syahmina yang berpeluh terpancul dari pintu.
“Ah!” Syahmina tersentak.Bukan....Aizril ke yang patut ada kat sini?
“Oh,Syahmina.Lama tak jumpa. Sejak...saya rampas Aizril.” Arisa senyum
nakal.
“I-Itu... A-Apa maksud awak rampas? B-Bila masa saya suka Aizril?
Lagipun,mana dia?
‘AISSHHH!! Tak mengaku pulak dah..memang
kepala batu betul la minah ni!’ rungut Arisa dalam hati.
“Aizril? Dia dah balik.Kenapa?”
“Ada benda yang saya nak cakap pada dia..”
“Hmm....jangan cakap yang awak suka dia?”
“A-Apa..?”
“Dia ‘boyfriend’ saya! Kalau awak suka dia pun,saya takkan lepaskan
dia.”
“S-Saya...”
“Dah lama Aizril sukakan awak....tapi awak menolak dia setiap kali dia
jujur tentang perasaan dia.Sekarang baru awak nak menyesal?!!! Awak memang
bodoh!!” ujar Arisa dengan muka yang kejam.
Arisa meneruskan kata-katanya.”Sekarang
awak baru nak sedar? Dah terlambat! Dendam saya dah terbalas!! Ini adalah
balasan sebab selalu buat saya didenda! Semuanya salah awak! Sebab awak lambat
untuk beritahu perasaan awak yang sebenar. BODOH!!!”
“YA! MEMANG! MEMANG SAYA BODOH! SAYA BODOH SEBAB SAYA TAK PERNAH LUAHKAN
APA YANG SAYA RASA PADA AIZRIL!!!!
Arisa mendiamkan sambil melihat Syahmina
air mata yang jatuh dengan deras.
Syahmina menyambung kata-katanya. “Sebab
tulah.....Sebab tulah saya...nak kata jumpa dia dan kata pada dia yang saya
pun...... sukakan dia... ”
“.........”
“Tapi dah terlambat.Dia dah suka pada orang lain.Dia suka pada awak.”
Syahmina tunduk.
“Bila masa saya berhenti suka
pada awak?” suara Aizril menyapa gegendang telindang Syahmina
Syahmina mengangkat muka. “A-Apa?”
Aizril muncul secara tiba-tiba di balik
pintu.Syahmina terkejut sehingga matanya tak berkelip.
“Dan...bila masa Aizril suka pada saya?” Arisa mengajukan soalan.
“K-Kenapa...A-Aizril kat sini? A-apa....?”
“Aizril tak balik pun.Dia ada kat belakang pintu tu selama ni.” Arisa
menjawab soalan Syahmina.
“T-Tapi..awak kata yang Aizril tu ‘boyfriend’ awak dan....khabar angin
tu...?”
“Khabar angin tu..kami yang sebarkan.Fasal ‘boyfriend’ tu...saya tak
maksudkan Aizril tu ‘teman lelaki’ saya,tapi sebagai ‘kawan lelaki’.Itu je.’Boyfriend
kalau dialih bahasa akan menjadi ‘kawan lelaki’. Kan,Aizril?
“Umm.” Aizril mengganguk.
“Balas dendam tu?” Syahmina berpaling kearah Arisa.
“Saja nak buat dramatik sikit. Seronok,rasanya macam watak orang jahat
dalam drama melayu.”
“Err...?”
“Saya nak keluar.Saya tunggu kat tangga depan kelas awak.Saya bagi masa
5 minit untuk selesaikan semuanya.Tak
elok lelaki dengan perempuan berada dalam keadaan yang sunyi.Ingat! Lima minit
je.” Arisa keluar dari kelas dengan meninggalkan pintu kelas terbuka supaya
tidak menimbulkan fitnah.’ Harap-harap semuanya berakhir dengan gembira...’
Aizril dan Syahmina tidak menunjukkan
sebarang reaksi.Selepas beberapa detik, Aizril bersuara.
“Awak..ada nak cakap apa-apa pada saya?”
“......................”
“Kalau tak ada, saya nak balik.” Aizril memusingkan badannya
membelakangi Syahmina.Dia melangkah setapak.
“Kejap!” Syahmina menahan Aizril.
Aizril mengangkat kening sebelah. “Ada
apa?”
“S-Saya....su-suka...a-awak...” luah Syahmina dengan nada yang perlahan
namun masih dapat didengari oleh Aizril.
“Apa? Tak dengar. Perlahan sangat..” Aizril buat-buat pekak ketika
itu.Dia sengaja mengusik Syahmina yang kini merah padam.
“Saya suka awak.” Syahmina mengulangi kata-katanya buat kali kedua?”
“Apa? Sorry, didn’t catch that.”
“SAYA SUKA AWAK!!”
Syahmina tunduk kerana merasakan mukanya
panas semacam.Aizril pula hanya memerhatikan Syahmina dengan wajah yang serius.
“Dah lama saya nantikan saat ni. Sekarang,barulah saya ada keyakinan nak
propose awak.” Aizril tersenyum kegembiraan.
“E-Eh???? Pro-Propose??!!” mata Syahmina terbuntang luas.
Aizril menghulurkan tapak tangannya kepada Syahmina. Terdapat sekeping
origami berbentuk hati di atas tapak tangan Aizril. Aizril meletakkan origami
itu diatas meja.
“Origami hati melambangkan hati saya. Andai kata selepas berapa waktu,
kita masih menyukai satu sama lain dan waktu itu, kita sudah cukup matang untuk
memilih........ Nak tak awak...kahwin dengan saya?”
“ Saya........”
“ Saya cuma boleh minta awak tunggu sahaja untuk beberapa tahun lagi.
Andai kata umur kita masih panjang, saya akan cari awak dan melamar awak. Saya
suruh awak tunggu sebab saya tak nak ada hubungan yang tak halal diantara kita.
Lepas ni, hubungan kita hanya kawan biasa. Tapi awak kena ingat kata-kata saya
tadi. Saya akan melamar awak apabila masanya tiba.”
“ Tapi, macam mana kalau mak ayah awak dah ada calon untuk awak?”
“ Tak mungkin.”
“Kenapa awak cakap macam tu?”
“Saya dah beritahu ibu-bapa saya fasal awak dan niat saya dalam masa
beberapa tahun lagi...Mereka tak kisah tentang siapa yang saya suka, cuma
mereka suruh saya fokus dulu dalam pelajaran.”
“ Setuju ke tak? Kalau ya, ambil origami tu dan simpannya elok-elok.
Kalau tak, tinggalkan origami tu dan keluar dari kelas ni.”
Syahmina tanpa teragak-agak mencapai
origami tu dan terus berjalan ke pintu sambil membelakangi Aizril. Dia berhenti
betul-betul hadapan kelas itu.
“Saya akan tunggu saat tu tiba. Buat masa sekarang, kita buat-buat tak
kenal.” kata Syahmina tanpa memandang
Aizril.
“ Terima kasih.” Aizril tersenyum melihat kelakuan Syahmina.
Syahmina terus meninggalkan kelas itu
dan menuruni tangga. Aizril turut keluar dari kelasnya. Arisa dan Aizril
bergerak ke pagar utama sekolah. Kelihatan dua susuk tubuh sedang berdiri di
situ.
“ Faris! Jannah! Kita dah berjaya!” Arisa bersorak sepuas-puasnya kerana
berjaya melaksanakan misinya. Mereka bertiga tergelak melihat Arisa yang agak
keanak-anakan. Mereka berempat bersetuju untuk pulang kerana ketika itu hari
sudah hampir senja.
“Aizril.” Arisa memanggil Aizril sebelum mereka berpisah mengikut haluan
masing-masing.
“Hmm?”
“Ingat janji awak.
“Janji apa?”
“ Takkan jadikan Syahmina kekasih awak kalau dia mengaku dia yang
sukakan awak.”
“Oh. Jangan risau. Saya tak merancang pun nak buat macam tu. Saya nak
dia jadi isteri saya, bukan kekasih saya.”
“Saya percaya pada awak. Selamat tinggal.” Arisa melambaikan tangannya
dan berlari mengejar Jannah yang sudah jauh meninggalkannya.
“ Baguslah, rancangan awak dah berjaya. Tahniah.” Jannah menepuk bahu
Arisa.
“ Bagus memang bagus. Tapi saya ada satu lagi masalah yang saya tak
selesaikan lagi.”
“ Masalah apa lagi? Ceritalah, mungkin saya boleh tolong awak.”
“ Terima kasih, tapi saya nak selesaikan masalah tu sendiri.”