Saturday 29 June 2013

     Bab 4: Aizril dan Syahmina

Pagi itu,Arisa pergi ke sekolah dengan mata yang sembap.Jannah yang sedang menyusun bukunya di meja terkejut!
  “Weyh,apasal dengan mata kau tu?” Jannah bertanya.
  Arisa menggeleng kepala.Dia meletakkan kepalanya di atas meja. Selang beberapa minit,Faris pula melangkah masuk ke kelas.Jannah memanggil namanya.
  “Apa dia?”
  “Kenapa dengan Arisa?”
  “Biarkan je dia tu.”kata Faris sambil memandang kearah Arisa.Hmm.....
  “Tapi....”
  “Mesti dia ditimpa nasib malang lagi? Kan aku dah kata yang dia tu malang.” Faris sengaja menguatkan suara.
  “Oi! Sesuka hati je kata aku ni malang! Mulut celupar betul.” balas Arisa.Arisa merenung tajam kearah Faris.
  Faris tersenyum.’Nampaknya dia ok.’ Faris menarik nafas lega.
Faris mendekati Arisa


  “Apa yang kau nak?”
  “Apa yang kau nak buat lepas ni?”
  “Tentang apa?”
  “Aizril.”
  “Aku dah putus asa.”
  “Ha? Kenapa?”
  Arisa mengeluh perlahan.”Aku takkan kacau mereka.Kalau Aizril dah suka pada Syahmina, aku tak boleh paksa dia suka aku pula. Kalau boleh, aku nak lupakan dia.”
 “Faris..”
  “Hmm?”
  “Pujuk aku.”
  “Crying doesn’t mean that you’re weak, but it shows that you’re strong enough to let it go.”
  “Dari mana kau dapat ayat tu?”
  “Ayat ni aku hasilkan sendiri. Kata-kata yang aku percaya.” Faris tersenyum.
Arisa turut tersenyum. Loceng sekolah berbunyi, menandakan bermulanya persekolahan.Faris menarik semula kerusinya ke tempat asal. Arisa mengeluarkan buku tulisnya. Jannah memegang bahu Arisa.
  “Kau betul-betul dah ok?” tanya Jannah.
  “Apa?”
  “Faris dah cerita pada aku fasal semalam.”
  “Oh.”
  “Jadi?”
  Arisa tersenyum sekali lagi. “Aku ok. Lagipun Faris dah pujuk aku. Jangan risau.”
  “Ok. Kau nak rehat kat mana nanti?”
  “Aku kena pergi jumpa seseorang.”
  “Siapa?”
  “Aizril.”

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

KRIIIIIIIING!!!!!!!!!!!!!!
Loceng menandakan waktu rehat berdering.Arisa terus keluar dari kelas tanpa menghiraukan sesiapa.Dia menaiki tangga hingga ke tingkat 3.Dia ternampak Aizril yang sedang bangun tempat duduknya.Kebetulan pula pada waktu itu kelas Aizril kosong,jadi bolehlah Arisa masuk ke kelas Aizril dengan senang hati.
  “Oh.Arisa.Ada apa?” tanya Aizril sebaik saja ternampak Arisa sedang berdiri di belakangnya.
  “Saya nak tolong awak dapatkan Syahmina.”
  “APA?!” Aizril terkejut. Dia memandang wajah Arisa tanpa berkelip.
  “Saya serius.”
  “ Tapi..kenapa...tiba-tiba je?”
  “Saya ada sebab tersendiri.Jadi?”
  “Saya tak kisah..tapi boleh ke? Syahmina tu keras kepala sikit.”
  “Kita bicang fasal tu nanti. Saya kena balik ke kelas.Waktu rehat pun dah nak habis. Jumpa lagi.” Arisa melangkah keluar.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
 
  “Pertandingan origami?” tanya Arisa sambil menghirup air kotak.Guru yang mengajar mereka tidak hadir jadi mereka bebas melakukan apa saja mereka mahukan.
  “Em! Aku dah masukkan nama kau denga Faris dalam pertandingan tu.” jawab Jannah sambil menelan sebiji gula-gula Mentos.
  “APA?! Aku mana reti buat origami?!” Arisa memprotes.
  “Ala..belajar la. Apa susah? Lagipun aku pun sertai pertandingan tu jugak. Pelajar yang ingin menyertai pertanding perlukan ‘partner’. Aku ‘partner’ dengan Syahirah. Kau pula aku gandingkan dengan Faris. Hadiah dia lumayan tau!”
  “Sejak bila kau suka pada duit?”
  “Sejak aku perlukan duit tu untuk membeli buku rujukan. Kalau kita berdua masuk,peluang untuk menang adalah tinggi.”
  “Saya dah agak! Tapi dari mana aku dengan Faris nak belajar buat origami?”
Faris menyampuk. “Naim pandai buat origami. Boleh minta tolong dia ajarkan.”
  “Naim? Maksud kau..Amir Naim? Mamat jambu tu?” tanya Arisa dengan muka terkejut.
  “Jambu? Dia jambu ke?” muka Faris berkerut.
  “Hello! Awak tak tengok ke cara dia bercakap? Pengunaan ‘You-You dengan I-I!”
  “Tapi kalau dia jambu, macam mana dia boleh masuk pertandingan kawad kaki? Siap masuk peringkat kebangsaan.”
  “Ada orang sebut nama I  ke? I tahulah yang I ni popular. Janganlah sebut-sebut  nama I.” Satu suara menyampuk sebelum Arisa membalas kata-kata Faris. Arisa menoleh. AMIR NAIM!
  “Naim, panjang umur. Kitaorang baru cakap fasal kau.” Faris menegur Naim dengan mesra.
  “I tahu. Semua orang suka cakap fasal I.” Naim membalas dengan nada menjengkelkan.
Arisa menepuk dahi. ’Sakit jantung la aku kalau macam ni!’
  “Naim, aku nak minta tolong boleh?” Fais bertanya.
Naim mengangguk.” Apa yang I boleh tolong?”
  “Tolong ajar aku dengan Arisa macam mana buat origami.”
  “Oh. No problem. Petang ni mula. Boleh?”
  “Boleh. Thanks, Naim.”
  “You’re welcome.”
Arisa memandang kearah Jannah. Jannah mengangkat bahu.
  “Naim, kau kan hebat dalam membuat origami. Kenapa tak masuk?” tanya Arisa.
  “I ni terlalu hebat.Kalau I masuk, mesti semua orang akan berputus asa lepas tengok kehebatan I.” jawab Naim dengan selamba.
  “Aku nak ambil udara segar..” Arisa bangun dari tempat duduknya dan menuju kearah pintu kelas.Dia memulas tombol pintu dan menariknya.Sebaik saja Arisa melangkah setapak,tiba-tiba dia terlanggar seseorang.Arisa menggosok kepalanya yang pedih.
  “M-Maafkan saya. Saya tak sengaja.” kata Arisa sambil bangun dari lantai.
  “Tak apa.”
  “Syahmina?”
Arisa memandang tepat pada wajah Syahmina.Syahmina berpaling.Syahmina mula melangkah tapi Arisa menarik tangan Syahmina.
  “Apa?”
  “Awak...ada simpan perasaan pada Aizril, kan?” tanya Arisau,ragu-ragu.
  “Apa yang awak cakapkan ni? Jangan mengarut.” Syahmina meninggalkan Arisa berseorangan.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Petang itu, Arisa dan Faris bergerak ke pepustakaan sekolah mereka. Sebaik sahaja mereka berdua masuk, mereka ternampak Naim sedang duduk bersila di atas lantai dengan sebuah beg  berisi dengan kertas A4 yang berwarna-warni. Mereka menghampiri Naim.
  “Kenapa nak buat kat perpustakaan? Kenapa tak buat kat kelas?” Arisa bertanya sambil mengambil tempat bersebelahan dengan Naim.
  “Kat kelas tak ada air-cond. Kat sini ada. I tak suka duduk dalam panas.” jawab Naim sambil menghulurkan sekeping kertas kepada Faris. Kemudian dia  menghulurkan satu kertas kepada Arisa.
  “Hari ini I akan ajar korang macam mana nak buat origami katak. Korang dah tahu cara nak buat origami kapal dengan kapal terbang, kan?”
Faris dan Arisa mengganguk.
  “Bagus! Sekarang,lipat kertas tu kepada dua.” arah Naim. Arisa dan Faris mengikut arahan yang diberikan.
Selepas 5 minit berlalu, akhirnya Faris dan Arisa berjaya menyiapkan origami mereka.Naim menepuk tangan.
  “Korang memang cepat belajar! Ok, lepas ni kita belajar buat burung pulak. Ambil lagi satu kertas.”
Kali kedua, hanya Faris berjaya menyiapkan origami burungnya. Kertas Arisa menjadi lunyai selepas berkali-kali dilipat.
  “Apalah you ni. Tu tak tahu nak buat.” Naim merungut.
  “Maaf.”
  “Hmm. Tak apa, biar I tunjuk lagi lagi sekali.” Naim mendekatkan dirinya dengan Arisa supaya Arisa dapat melihat cara melipat origami dengan lebih teliti. Faris berasa tak senang hati.’ Dekatnya diorang..’
  “Buat macam ni..lepas tu lipat bahagian kanan jadi tiga segi.” Naim menunjukkan cara melipat dengan betul.
  “Oh..”
  “Korang...perpustakaan dah nak tutup ni.” Faris bersuara. Naim menoleh.
  “Apa yang you mengarut ni? Kita ada masa lagi setengah jam sebelum ianya ditutup.” bidas Naim.
  “I-Itu..aku...”
  “Oklah, I faham. Jom balik.” Naim menarik beg galasnya. Arisa memungut semua kertas-kartas yang bertaburan dan membuangnya ke dalam tong sampah. Mereka bertiga keluar selepas selesai mengemas.
  “Aku kena cepat! Aku pergi dulu, ya?” Arisa terus berlari menuruni tangga.Faris dan Naim bergerak ke pintu pagar sekolah.
  “Jealous?” Naim memandang wajah Faris. Faris hanya mendiamkan diri.
  “Hmph. Don’t worry. She’s not my type. I like her, but just as a friend.”  Naim meneruskan kata-katanya.
  “Macam mana kau tahu?”
  “I can read people’s expression.Simple.It’s obvious” Naim melambai tangan sambil meninggalkan Faris.
Faris bertinggung.Dia menekup muka. “Argh! Nampak sangat ke aku ni jealous?!”

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Keesokan harinya adalah hari Sabtu. Arisa menelefon Aizril untuk bertemunya di Kafe Pudina. Pengasas Kafe Pudina adalah Encik Syarifuddin. Beliau merupakan rakan kongsi Encik Syafiq iaitu ayah kepada Arisa. Encik Syarifuddin juga dikenali sebagai Pakcik Pudin. Encik Syarifuddin  mengatakan bahawa beliau menamakan kafenya ‘Pudina’ kerana beliau suka makan pudina.
  “Assalamualaikum,pakcik.” Arisa menyapa Encik Syarifuddin dengan mesra.
  “Oh,kamu Arisa. Siapa budak lelaki yang berdiri sebelah kamu tu?” tanya Encik Syarifuddin.
  “Ini Aizril. Satu tingkatan dengan saya. Kami datang sini sebab nak bincang fasal sesuatu.”
  Aizril bersalaman dengan Encik Syarifuddin. Encik Syarifuddin tersenyum.
  “Duduklah dulu. Pakcik ambilkan air. Hari ni pakcik belanja. Bukan senang nak tengok Arisa datang ke kafe ni.” Encik Syarifuddin berjalan menuju ke dapur.
  “Terima kasih.” Arisa melaung dari jauh.
  “Jadi, kenapa awak nak jumpa saya?” Aizril bersuara.
  “Saya ada idea macam mana nak bagi Syahmina mengaku yang dia sukakan awak.”
  “Macam mana?!”
  “Sebelum tu, saya ada satu soalan.”
  “Apa dia?”
  “Kalau kita berjaya buat dia mengaku,selepas tu....awak nak buat apa?”
  “Maksud awak? Saya tak faham.”
  “Seandainya dia kata dia suka awak jugak, awak nak buat apa? Jadikan dia sebagai kekasih awak?”
  “Tak.”
  “Apa yang awak nak buat?”
  “Saya akan suruh dia tunggu saya untuk beberapa tahun lagi. Kemudian,saya akan melamar dia.” Aizril menjawab dengan muka yang serius.

 Arisa tersenyum. Aizril membalas senyuman Arisa. Encik Syarifuddin berjalan kearah meja mereka. Encik Syarifuddin menghidangkan mereka dengan teh pudina dan kek vanilla.
  “Maaflah lambat. Pakcik sibuk sikit. Pakcik tak dapat layan kamu.” kata Encik Syarifuddin sambil mengambil dulang dari meja.
  “Tak apalah pakcik. Kami tahu pakcik sibuk.”
  “Kalau macam tu, pakcik minta diri dahulu.” Encik Syarifuddin berjalan masuk ke dalam dapur.
Arisa memerhatikan tingkah laku Encik Syarifuddin sebelum mengalihkan pandangan kepada Aizril.
  “Nah, tengok ni.” Arisa menghulurkan sekeping kertas kepada Aizril. Aizril menyambutnya dan membacanya.
  “Awak ni biar betul!” Aizril tercengang.
  “Awak sendiri yang kata yang Syahmina tu keras kepala. Jadi, saya kena guna teknik provokasi untuk menjayakan rancangan kita.
  “Tapi.....”
  “Kita akan laksanakan rancangan kita lagi 2 minggu.”
  “Kenapa kena buat lagi dua minggu?”
  “Saya ada pertandingan origami. Pertandingan tu Jumaat depan. Saya pun belum mahir buat origami.” jawab Arisa sambil menyuap kek vanilla ke dalam mulutnya.
  “Oh.”
   “Jangan risau,kita mesti berjaya!”
  Aizril mengangguk. Dia menghirup teh pudina itu dengan berhati-hati.
  “Sedap.” komen Aizril.
  “Pakcik Pudin punya teh pudina memang sedap.”

  Aizril menghirup air sekali lagi. ’Menyegarkan.’

Sunday 23 June 2013

Bab 3

    Bab 3:Rahsia dan rancangan

Syahmina mengambil buku latihan sejarah dari dalam begnya. Dia duduk diatas katilnya sambil bersila.Tiba-tiba telefon bimbitnya mengeluarkan nada dering lagu ‘Bayangan gurauan.’

                                  ~Di dalam jaga, ku tercari-cari.~
                                   Di dalam tidur termimpi-mimpi
                                  Siapakah gadis misteri...?


    “Assalamualaikum,ni siapa?” Syahmina bertanya. ’Siapa yang kacau aku ni? Baru nak study..’
    “Wa’alaikumussalam, ni saya Aizril.”
    “Awak lagi? Tolong jangan kacau saya la.”
    “Kejap,kejap. Saya cuma nak tanya sesuatu pada awak.”
    “Apa dia?”
    “Betul awak langsung tak ada perasaan pada saya? Sikit pun?” tanya Aizril,seolah-olah merayu.
  Syahmina terdiam.’Aku pun suka dia juga.. Tapi,aku  nak pentingkan pelajaran dulu.’
    “Tak! Saya tak suka pun pada awak! Dan saya..takkan pernah suka pada awak.” tegas Syahmina.
    “ Saya takkan berputus asa. Saya akan paksa awak untuk cakap yang awak sukakan saya.” Aizril nekad.

Tut.......Tut..........Tut.... Panggilan telah dimatikan. Syahmina mengeluh. ‘Cukup-cukuplah tu.’
Syahmina mengalihkan pandangannya. Dia ternampak satu surat yang terletak pada hujung katilnya.
Syahmina membuka surat itu lalu membacanya.

Puan Azahriyah,
     Anda diminta untuk menjelaskan hutang sewa rumah anda yang bernilai sebanyak RM450.
  Anda tidak melunaskan hutang anda selama 2 bulan.Oleh itu,kami berharap agar Puan             Azahriyah dapat melunaskannnya dengan segera.
                                                                                                     Sekian,terima kasih.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Jannah sedang duduk di salah satu kerusi di kedai Baskin Robins. Sementara menunggu, Jannah mengeluarkan buku rujukan Biologi lalu membacanya.
  “Sorry,terlambat.” Satu suara menyapa Jannah. Jannah mengangguk.
  “Tak kisah. Duduklah.”
   “ Jadi, kenapa kau nak jumpa dengan aku?” Faris mengangkat kening.
  “Aku nak tanya satu soalan.” Jannah menutup buku Biologinya.
  “Apa dia?”
  “Kau betul-betul nak tolong Arisa ke?”
  “Mestilah. Kalau tak, aku takkan setuju.”
  “Walaupun kau akan terluka? kau sanggup?”
  “Asalkan orang yang aku sayang bahagia, aku tak kisah.”
 ”Betul? Kau pasti?”
Faris tersenyum..Dia mengangguk. Jannah mengeluh.
  “Aku harap kau takkan menyesal.”
  “Jangan risau. Aku hanya akan rasa menyesal kalau aku tak tolong dia.”
  “Suka hati kaulah. Alang-alang kita dah ada kat sini,jom makan.” Jannah berjalan ke kaunter.
“Emm.”
Petang itu,mereka berdua bersembang mengenai pelajaran dan mengenai memori mereka ketika sekolah rendah.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Aizril mengatur langkah ke sekitar taman permainan berdekatan dengan rumahnya.Kecewa.Dia kecewa.Aizril duduk di salah satu buaian yang terletak di situ.Aizril memerhatikan sekumpulan kanak-kanak yang sedang seronok bermain.

  “Aizril?”
  Aizril tersentak dari lamunannya.Aizril mengangkat muka.Arisa sedang tersenyum padanya.
  “Oh,Arisa. Apa yang awak buat kat sini?”
  “Saja jalan-jalan.Awak nampak murung.Kenapa?”
  “Tak ada apa-apalah.”
  “Awak ceritalah masalah awak pada saya. Mungkin saya boleh tolong.”
  “Kenal dengan Syahmina?”
  “Err....kenal. Kenapa?” Arisa teringat kembali pada peristiwa di kantin sekolah itu.
  “Tulah punca masalah saya.”
  “Maksud awak?” Arisa mengangkat kening..
  “Nantilah saya beritahu awak...”
  “Ok.”
  Arisa memandang tepat pada wajah Aizril.Aizril menyedari tingkah laku Arisa,tersenyum. Arisa terdiam. Pipinya merona merah. Dia mengalihkan mukanya dari pandangan Aizril.’Apasal hati aku berdebar-debar pula ni?! Relaks,Arisa.Relaks.’
  “Jom pergi kedai serbaneka kejap.Ada barang yang nak saya beli.” ajak Aizril. Arisa dan Aizril bangun lalu berjalan anak ke kedai yang berdekatan.Aizril membuka pintu peti sejuk yang menyimpan minuman berkarbonat. Kemudian dia menghulurkan setin air Revive kepada Arisa.Arisa tercengang.
  “Kenapa bagi kat saya?”
  “Tanda maaf saya fasal kejadian hari tu.”
  “Eh,tak apalah. Saya tak kisah. Lupakan je fasal kejadian tu.”

Aizril mendekatkan dirinya pada Arisa. Arisa terkejut.

  “Tak bolehkah awak terima je dengan senyuman? Ambil jelah, kalau awak tak ambil......Saya akan rasa bersalah nanti.”
Arisa menundukkan muka. “Terima kasih.”

Aizril dan Arisa berbalas senyuman. Tanpa disangka, Syahmina terlihat kemesraan mereka berdua kerana ketika itu Syahmina turut berada di dalam kedai yang sama. Syahmina memerhatikan tingkah laku mereka selama beberapa minit.Aizril menoleh pandangannya ke belakang dan ternampak Syahmina sedang berdiri berhampiran dengan mereka berdua.
  “Syahmina.” Aizril memanggil nama Syahmina sambil berjalan kearah Syahmina.
  “Awak kata awak suka saya....tapi awak masih keluar dengan perempuan lain?” Syahmina berpaling.
  “Awak beritahu saya yang awak tak suka saya. Jadi,suka hati sayalah kalau nak keluar dengan perempuan lain.” kata-kata Aizril membuatkan hati Syahmina retak.

Syahmina terdiam. Dia kemudian meluru ke pintu depan kedai dan menolak pintu itu.Arisa yang kebetulan sedang berdiri di sebelah pintu masuk memandang sekilas pada Syahmina dan ternampak beberapa titis airmata  jatuh dari tubir mata Syahmina.

  “Kenapa dengan Syahmina?” tanya Arisa apabila Aizril bergerak ke kaunter untuk membayar harga air tersebut.
  Aizril tidak menjawab. Arisa mengangkat muka lalu ternampak ekspresi muka Aizril.Di saat itu, wajah Aizril menunjukkan perasaan sedih dan menyesal. Aizril menghulurkan RM5 kepada penjaga kaunter. Mereka berjalan keluar. Aizril mengatakan bahawa dia ingin menghantar Arisa pulang kerana hari hampir senja.
 
“Awak....suka Syahmina?” tanya Arisa yang sedang  menundukkan muka.
  “Ya.” jawab Aizril dengan yakin.
  Jawapan Aizril menyentap tangkai jantung Arisa. Arisa terdiam.Kenapa...dada aku rasa berat?
  “Awak betul-betul suka dia?” Arisa memberanikan diri untuk mengangkat muka.
  “Saya suka dia sekarang dan selamanya.”

Arisa terkesima.’ Dia.... betul-betul sukakan Syahmina.’
 Mereka berdua telah sampai di hadapan pintu rumah Arisa. Arisa mengucapkan terima kasih dan melambaikan tangannya sambil tersenyum. Dia kemudian menutup pintu rumah dan bersandar di belakangnya.
‘Dia suka orang lain.Dia suka orang lain.’ Arisa mengulang kata-kata itu dalam hatinya. Entah kenapa dada aku rasa sesak.’
Tiba-tiba telefon bimbit Arisa berdering. Arisa mengangkat panggilan itu tapi dia tidak bersuara.
  “Arisa?” suara Faris menjengah gegendang telinga Arisa.
  “F-Faris?”
   “Kau ok?”
  Arisa mengetap bibir. Dia ingin menangis. Suara Arisa bergetar.
  “A-Aizril s-suka o-orang l-lain....”

  Faris terdiam.Faris menutup mata kemudian membukannya semula.

  “Kau boleh menangis. Aku ada kat sini. Aku akan sentiasa berada di sisi kau. Kau tak berseorangan.”
Akhirnya Arisa menitiskan air mata.Dia menangis teresak-esak. Dia tak dapat menahan perasaannya.
  “Aku suka dia! Aku betul-betul suka dia! Suka sangat!”
  “...Aku faham..” 
Arisa terus menangis.Faris yang sedang berada dalam talian hanya mendiamkan diri. Dia tidak memutuskan talian walaupun sudah hampir 1 jam Arisa menangis.
  “Arisa.....dah habis menangis?”
  “Em.” Arisa mengelap air matanya dengan lengan baju.
  “Kalau macam tu, aku nak matikan telefon. Lagipun waktu Maghrib dah masuk.”
  “Faris.”
  “Ya ?”

  “Terima kasih.”

Saturday 22 June 2013

Bab 2: Pertemuan kedua
 
 “Kenapa kau selalu pakai baju lengan panjang? Tak panas ke?”  tanya Arisa sambil mengangkat kening.
 Keesokan harinya, Arisa dan Faris berjumpa di kantin sekolah pada awal pagi. Mereka merancang untuk berbincang mengenai rancangan mereka untuk menjadikan Aizril Zulkarnain sebagai ‘Prince Charming’ Arisa.
  “Oh, saja je. Aku rasa selesa pakai baju lengan panjang.” Faris menjawab dengan selamba.
  “Pelik. Dulu waktu sekolah rendah, kaulah yang paling tak suka pakai baju lengan panjang.”
 
Faris hanya mengangkat bahu. Dia tidak menghiraukan soalan Arisa. Dia memerhatikan keadaan di sekelilingnya.

   “Berbalik kepada rancangan asal kita...Apa yang kau nak buat?” Arisa bertanya lagi.
    “ Saya ingat nak buat....” belum sempat Faris menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba satu suara mencelah.
  “Apa yang korang buat ni?! Dating,eh?” seorang pengawas yang memakai tanda nama ‘Syahmina’ menegur dengan nada yang sinis.
 
“ Mana ada! Jangan nak tuduh sebarangan la. Kitaorang cuma nak bincang fasal sesuatu je!” bidas Arisa. Mukanya menjadi masam. ‘Minah ni senang-senang je tuduh aku dating. Dia ingat aku ni takde otak  nak dating kat sekolah?!’
“Habis tu,korang bincang fasal apa? Cuba cerita sikit.” Syahmina berdiri sambil memeluk tubuh.
  “Kitaorang bincang fasal.......”  Arisa terdiam. ‘Takkan aku nak cerita kat Syahmina fasal “Prince Charming’ kot? Jangan harap!’

  Faris tiba-tiba bangun. Dia berjalan menuju kearah Syahmina. Syahmina tersentak.

   “ Saudari Syahmina, saya rasa awak tak patut ambil tahu hal kami. Kerja awak hanyalah memastikan bahawa semua pelajar mengikut peraturan sekolah.Itu sahaja. Jadi, awak tak ada hak nak ambil tahu apa yang kami lakukan. Terima kasih kerana mengambil berat.” kata Faris sebelum beredar dari kantin sekolah. Arisa segera mengatur langkah, meninggalkan Syahmina terpinga-pinga.

  “Kenapa kau cakap macam tu? Tiba-tiba je marah,apasal?” tanya Arisa selepas berjaya mengejar Faris.

Faris menoleh ke belakang. Dia tersenyum nakal. “Macam mana reaksi Syahmina?”
  “Ermm..muka dia jadi pucat semacam lepas kau cakap macam tu.”
  “Hehe.. aku saja je nak buat suspens. Aku tak marah pun. Saya main-main je.” Faris ketawa.
  “Pandai kau berlakon. Boleh menang anugerah pelakon lelaki terbaik. Kalah Aaron Aziz.” gurau Arisa.
  “ Mana ada. Lagipun,nanti akan timbul masalah kalau ada orang lain yang tahu fasal rancangan kita.Ianya menyusahkan.”
  “Betul juga.” Arisa angguk,tanda setuju.

Mereka berdua segera menuju ke kelas. Mereka tidak mahu terlambat kerana pada masa pertama adalah waktu Bahasa Inggeris. Cikgu yang mengajar kelas mereka adalah Miss Eve,  cikgu yang garang seperti singa.

  “Alamak,Miss Eve dah masuk! Nak buat macam mana ni?” Arisa menggelabah. Dia menyorok di belakang Faris. Farsi menarik nafas.

  “Excuse me, Miss Eve. I’m apologize for being late. I also apologize for Arisa, who is hiding behind me.” kata Faris sambil menahan tawa.
‘Tak guna punya Faris, dia kenakan aku.’ Arisa yang sedang menyorok di belakang Faris mengetap bibir.


  “ARISA! Why are you hiding behind Faris?!” gertak Miss Eve. Miss Eve memandang Arisa dengan rasa hairan.
  “Err...I..was hiding behind Faris because...err...I....” Arisa diam.
Faris berasa kasihan melihat Arisa.Dia pun segera menjawab. “Miss Eve, she’s actually a bit  confused. She’s accidentally hit her head just now. I think there must be something with her head.” kata Faris dengan wajah yang serius.

Miss Eve mengganguk.”Ok, I understand. Both of you may sit down.”

Arisa terpinga-pinga. Faris yang menyedari keadaan Arisa, memberi isyarat supaya Arisa duduk. Arisa bergegas ke tempat duduknya.

  “Kenapa lambat? Faris kata kepala kau terhantuk? Betul ke?” tanya Jannah.
Arisa menggeleng.” Dia cuma cakap tu untuk lepaskan diri dari Miss Eve je. Aku sihat je.Jangan risaulah.” Arisa tersenyum.

  Arisa memandang Faris dengan pandangan mata yang tajam. Faris yang menyedari tingkah laku Arisa, mengeyitkan mata. Arisa tersentak. ‘Mamat tak guna!’

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Petang itu..........

Arisa berjalan di koridor sekolah yang bersebelahan dengan padang. Kelihatan beberapa orang pelajar lelaki yang sedang bermain bola sepak. Arisa menghiraukan mereka.
Dia terus berjalan tanpa menyedari bahaya yang mendatang. Satu dentuman kuat kedengaran.
“BUMMMMMM!!”
Tanpa disedari,Arisa terduduk di atas lantai koridor. Dia menekup mukanya yang kini merah. Dia menoleh ke kanannya lalu ternampak sebiji bola sedang bergolek ke dalam longkang. Arisa menyedari ada seseorang sedang berlari kearahnya.
  “Saya minta maaf! A-Awak tak apa-apa? Cedera tak? Nak saya bawa awak ke bilik sakit?”
Arisa mendongak. Dia terkejut. “A-Aizril?!”
  “Ah! Awak Arisa,kan? Orang yang saya jumpa hari tu. Budak yang jatuh dari pokok tu,kan?” kata Aizril.
  “Err..ya. Saya la yang jatuh dari pokok hari tu.” Jawab Arisa. ’Kenapa la dia nak ungkit fasal kejadian tu?’
  “Betul awak tak apa-apa?” Aizril mengulang kembali pertanyaannya. Dia nampak risau.
  “Ya,saya tak apa-apa.Saya ok. Jangan risau.” Arisa bangun secara perlahan-lahan.
Kedengeran derapan kaki yang sedang menuju kearah mereka berdua.
 
  “Arisa!” satu menyapa Arisa dari belakang. Arisa dan Aizril menoleh ke belakang.
  “Faris! Maaf,aku lambat.” kata Arisa apabila terpandang akan wajah Faris.
  “Kenapa dengan muka kau? Merah semacam je...” Faris memerhatikan pipi Arisa. Faris seperti tidak menghiraukan kewujudan Aizril yang sedang berdiri di tepi Arisa.
  “Oh, yang ni...saya kemalangan tadi..” jawab Arisa.
  Aizril tiba-tiba menyampuk. “Salah saya. Saya tertendang bola sampai terkena pada dia.”
  “Oh,patutlah. Nasib kau memang selalu malang, kan Arisa?” Faris tersengih.

Arisa menghiraukan kata-kata Faris. Faris memandang kearah Aizril. Mereka berdua saling berpandangan.

 “Awak ni...Aizril,kan? Budak kelas 4 Infiniti.” Faris bertanya. ‘Muka dia boleh tahan.’
  “Ya. Saya Aizril. Kenapa?”
  “Kalau tak ada apa-apa,saya nak pinjam Arisa sekejap. Kami ada tugasan yang nak diselesaikan. Harap awak tak kisah.”
  “Oh. Silakan.”
  “Arisa,jom!”

Arisa mengikut Faris dari belakang.Aizril melambaikan tangannya.Arisa tersenyum.
Faris dan Arisa melangkah masuk ke dalam makmal komputer. Mereka telah didenda kerana masuk lewat ke kelas pada waktu Bahasa Inggeris. Mereka terpaksa melakukan kertas kerja mengenai buku sastera Bahasa Inggeris dan membentangkannya di hadapan kelas dalam masa 2 hari.

  “Kenapa panas sangat dalam ni? Tak buka air-con ke?” Arisa merungut perlahan.
  “Hmm. Air-con rosak.Terpaksalah tahan sikit.” Faris menarik kerusi yang terletak berhampiran dengan pintu masuk. Arisa mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Faris.

  “Aku cari maklumat, kau pula taip pada Microsoft Windows Word.” arah Arisa.
  “Hmm.”

Selepas hampir sejam mereka bertungkus-lumus, mereka berhenti untuk berehat. Faris menyingsing lengan baju sekolahnya.’ Panasnya duduk dalam ni..’

  “Faris!” Arisa tiba-tiba bangun dari tempat duduknya.
Faris sedikit tersentak. Dahi Faris berkerut seribu. “Apa?”
  “Kenapa dengan tangan kau? Lebam dengan luka!” Arisa menunding jarinya pada lengan kanan Faris.
  ‘Alamak....macam mana aku boleh jadi cuai pula ni..’ Faris cuba berlagak tenang.
  “Aku jatuh jelah...Jangan la buat suspens pulak.” Faris memberi alasan.
  “Kenapa teruk sangat kesan lebam tu?” Arisa tidak berpuas hati dengan jawapan Faris.
‘Dia ni kalau nak tipu aku pun,agak-agak la..Buat macam aku ni bodoh.’
  “Aku jatuh dari tangga. Sebab tu la teruk macam ni. Salah aku jugak, cuai sangat.”
  “Ataupun sebenarnya mak tiri kau yang pukul kau?” Arisa bertanya dengan nada curiga.
Faris menelan air liur.’Ish,pandai pula dia teka.’
Faris menggeleng. “ Dah la.Daripada awak soal siasat aku, lagi baik kalau kita teruskan kerja kita. Ada la juga faedah.”
  “Mencurigakan.”
  “Apa-apa jelah..” Faris meneruskan kerjanya tanpa menghiraukan jelingan Arisa.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

“Macam mana dengan sekolah baru kamu,ok?” Encik Malik bertanya. Beliau baru sahaja pulang dari London. Sebagai seorang ahli korporat yang berjaya,beliau sentiasa sibuk dengan kerja-kerja yang bertimbun-timbun.

Faris yang sedang menyenduk nasi, mengganguk. Dia menghulurkan nasi kepada makcik Sofea. Makcik Sofea menyambut pinggan nasi itu dengan senyuman yang dibuat-buat.
  ‘Ergh..senyuman Devil Woman.’ getus Faris yang turut tersenyum.
  “Sofea, macam mana dengan sikap Faris waktu abang tak ada? Ok?” Encik Malik mengalihkan pertanyannya pada Makcik Sofea.
  “Ok. Faris budak yang baik, selalu dengar cakap. Tak banyak membantah.Betul tak Faris?”
  “Hmm.” jawab Faris.’Pandai betul makcik Sofea berlakon.’
  “Baguslah kalau macam tu, ayah nak sangat keluarga kita bahagia macam waktu dulu.” Encik Malik tersenyum gembira.
  Faris terdiam.Dia memandang lantai.’Ni lah sebab kenapa aku tak boleh beritahu ayah tentang perkara sebenar.’
Faris mengeluh perlahan. Dia lantas bangun dari meja makan dan berjalan menuju ke biliknya.
  “Faris tak nak makan?” Encik Malik melaung dari dapur.
  “Tak.Faris dah kenyang. Ayah makanlah dengan makcik Sofea.” Faris membalas laungan ayahnya.

Faris mengunci pintu biliknya. Dia berdiri di hadapan meja belajarnya. Faris mengambil bingkai gambar yang terletak di hujung meja. Dia merenung gambar itu. Gambar yang sangat penting untuknya. Gambar ibu kandungnya yang sedang menyambut hari lahirnya kali ke-11.

‘Mak..kenapa mak tinggalkan Faris? Kenapa ayah kena kahwin dengan makcik Sofea?’
Faris menyeka air mata yang bergenang di tubir matanya.Dia kena kuat. Dia tidak boleh berputus asa.Demi kebahagiaan ayahnya.

  “Faris sayang mak.” Faris mendakap bingkai gambar itu.

Pembetulan Bab 1

                   Bab 1:Dah Jumpa!
 Arisa yang sedang menuju ke kelas,menguap perlahan. Dia tidak cukup tidur kerana terlalu asyik membaca buku cerita mengenai seorang puteri yang diculik oleh seekor naga dan telah diselamatkan oleh putera raja yang kacak. Alangkah indahnya hidup ini kalau aku ada putera yang akan selalu melindungiku? Mesti best! Arisa tersenyum seorang diri. Arisa meneruskan langkahnya ke kelas 4 Platinum sambil tersengih seperti kerang busuk!
Jannah menepuk bahu Arisa. “Hey,Arisa. Kenapa senyum sorang-sorang? Kau dah jadi gila, ke?”
“Ish,mana ada! Aku ni waras lagilah!” Arisa mencebik. Mulut dia ni memang masin la..
    “Jangan kata yang kau tu tengah fikir fasal ‘Prince Charming’ yang tak pernah wujud tu.  Buang masa jelah.Baik kau belajar. Sekurang-kurangnya kalau kau pandai, ada la juga lelaki yang nak kat kau.” Jannah memberi nasihat yang sememangnya bernas dan benar.
   “Aku tak nak lelaki lain! Aku cuma nak ‘Prince Charming’ je!” Arisa menghentak kaki tanda protes. Biarlah kalau dia nak berangan pun. Kenapa orang lain selalu sibuk?
   “Kau ni……..” Jannah mengeluh. Dia menoleh ke hadapan apabila terdengar bunyi pintu kelas dibuka. Cikgu Aina melangkah masuk dengan gaya sopan sambil membawa kertas   ujian bulanan untuk matapelajaran Sejarah. Ah,confirm hari ni ada ujian mengejut. Semua cikgu di sekolah ni memang suka ujian ke?
   “Baiklah murid-murid,hari ni kita ada pelajar baru. Silakan masuk.” Cikgu Aina memandang ke arah pintu kelas sembil tersenyum. Sepasang kaki melangkah masuk ke dalam kelas. Kesemua pelajar perempuan ternganga! Arisa dan Jannah saling berpandangan.
   “Nama saya Faris Iskandar bin Malik. Umur 16 tahun. Saya tinggal di Damansara. Dulu saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahkota Alam. Saya harap saya dapat menyesuaikan diri di sekolah ini.” Faris tersenyum manis. Di saat itu,kesemua hati pelajar perempuan di kelas sedang cair….
                                                *****************************

   Waktu rehat bermula. Para pelajar berpusu-pusu untuk membeli makanan. Arisa dan Jannah sedang menikmati makanan mereka dengan berselera. Tiba-tiba ada suara menegur mereka.
   “Hai, aku nak join makan dengan korang boleh?” Faris bertanya. Matanya beralih  kearah Arisa. Arisa mengangkat kening. Dia menari kerusi dan menyuruh Faris duduk berhadapan dengannya.
   “Kau ni pelik la. Macamlah kau tak pernah makan dengan kami.Waktu di sekolah rendah dulu, kan kita selalu makan sama-sama? Takkan la kau dah dah lupa?” Arisa menyuap makanan ke dalam mulutnya. Emm…sedapnya nasi lemak makcik kantin ni.
   “Hahaha..mana ada aku lupa. Saya saja tanya, manalah tahu kalau korang dah tak sudi makan dengan aku lagi?” Faris tersenyum sambil memandang Arisa dan Jannah.
   “Apa maksud kau? Jangan mengarutlah.” Arisa mengerutkan dahi.
   “ Kau dah banyak berubah, Faris. Kami langsung tak cam kau. Bila kami dengar nama kau, baru kami kenal. Memang kau nampak berbeza sekarang ni.” Jannah memberikan pandangan.
   “Berbeza? Maksud kau?”
   “Yelah, dulu kau pendek dan pakai cermin mata bingkai tebal. Siap pakai pendakap gigi pula tu. Sekarang ni, kau dah jadi handsome, tinggi lampai dan bergaya. Apa yang telah menyebabkan kau berubah?”
   “ Kata-kata seseorang yang selalu bersama saku dahulu. Kata-kata terakhir yang diucapkan kepada aku sebelum aku pindah ke Pulau Pinang. Ianya memberi semangat untuk saya berubah.” Faris menonggak dagunya.
   Arisa dan Jannah saling berpandangan. Macam ada sesuatu je ni. Hmm…
   Kedengaran deringan loceng tamat waktu rehat berbunyi. Mereka bergegas ke kelas dengan senang hati.
                                                **************************************

   Petang itu , Arisa berjalan-jalan di taman rekreasi berdekatan dengan rumahnya. Selalunya, dia taklah rajin sangat nak keluar rumah. Tiba-tiba sahaja rajin. Entah kenapa,dia sendiri pun tak tahu.
   “Argh..bosannya. Tak ada apa yang menarik ke yang akan terjadi hari ni?” Arisa mengeluh perlahan. Kesemua koleksi buku cerita dongeng miliknya telah habis dibaca. Dia tak tahu nak buat apa.
   “UWAAA!!!!” Satu tangisan yang kuat  memecahkan suasana aman di taman itu. Arisa yang sedang berjalan, tersentak. What the...?
   Arisa berlari dengan pantas. Dia berhenti di hadapan seorang budak perempuan yang sedang menangis teresak-esak. Arisa mengerutkan dahi. Dia ke yang menjerit tadi?
   Arisa memaut bahu budak perempuan itu. “Adik kenapa? Adik sakit ke? Ada yang kakak boleh tolong?”
   “Ku..kucing saya. Dia..terperangkap di atas pokok tu. Dia…dia takut nak turun.” Budak perempuan itu mengangkat kepala lalu menunding jari ke atas pokok besar di hadapannya.
   Eh? Kucing? Terperangkap..atas pokok? Arisa mendongak. Rahangnya jatuh. Mak oi, tingginya pokok ni! Ada ke kucing yang boleh panjat pokok setinggi ni?
   “Err..adik. Nampaknya kita kena tunggu orang lain untuk selamatkan kucing adik. Pokok ni tinggi sangat.” Arisa memandang kearah budak perempuan itu.
   “Uwaaaaa!!! Kenapa setiap orang  yang saya sayang selalu tinggalkan saya??!!”
   “Apa maksud adik?”
   “Sa.saya ni anak yatim. Mak saya meninggal waktu saya masih kecil. Kucing tu adalah pemberian terakhir mak saya sebelum dia tinggalkan saya.Sekarang ni …kucing saya pun nak   tinggalkan saya!! Uwa!!!”
   Arisa terdiam. Nampaknya.. kucing ni sangat penting untuk adik ni. Apa yang patut saya buat?
   Arisa tersenyum. “Adik,jangan risau! Biar akak panjat pokok ni dan selamatkan kucing adik.” Dia bertekad untuk selamatkan kucing tu.
   “Akak.. hati-hati.”
   Arisa mengganguk. Dia mula memanjat pokok itu dengan perlahan-lahan. Fuhh..nasib baik aku pakai seluar. Dia memerhatikan keadaan pokok yang merimbun itu. Mana kucing tu?
   “Meow! Meow!” Mata Arisa terbuntang. Suara kucing! Dia menoleh. Kelihatan seekor kucing berwarna putih sedang memandang tajam ke arahnya.
   “Umm…marilah sini. Tuan awak tengah risaukan awak tu. Saya datang nak selamatkan awak.” Arisa memujuk. Kucing itu merenungnya. Arisa menarik nafas. Kenapa dia tengok aku macam tu?
   Tiba-tiba,kucing itu melompat ke atas dadanya. Kucing menggesel-gesel kepalanya di bahu Arisa. Arisa tersenyum.Ah,manjanya kucing ni..
PRAKKKKK!!!!!
   Dahan pokok dimana Arisa sedang berdiri patah.Ia tak dapat menampung berat badan Arisa dengan lama. Arisa menjerit. Dia menutup mata,berharap agar dia diselamatkan.
“Tidak!!!!!!!!” jerit Arisa dalam hatinya.
                                    ************************************


 Arisa langsung tidak berasa sakit. Dia dapat merasakan tekanan dari belakang badannya. Dia mendengar suatu suara.
   “Umm.....awak boleh bangun dari badan saya tak?”
   Arisa membuka mata. Dia sedang terbaring diatas badan seseorang. Arisa mendongak. Dia ternganga. Orang yang telah menyelamatkannya adalah seorang jejaka yang kacak! Arisa memandangnya dengan penuh minat.
   “Awak tak apa-apa?” jejaka itu bertanya sambil membantu Arisa untuk berdiri.
   “Ah! Saya..saya tak apa-apa. Maaf menyusahkan awak. Mesti saya berat kan?” Arisa tunduk.
  “Tak juga. Nama saya Aizril Zulkarnain. Awak?” Aizril tersenyum.
   “Emm..nama saya Arisa Qa isara. Selamat berkenalan.”
   “ Kalau awak tak apa-apa,saya balik dulu la ye? Jangan buat apa-apa yang bahaya lagi. Bye!” Aizril melambai ke arah Arisa.
   “Akak tak apa-apa?” budak perempuan itu bertanya.
   “ Akak tak apa-apa. Nah,kucing adik. Jaga dia elok-elok tau!”
  “Em! Terima kasih. Selamat tinggal.” budak perempuan itu berlari menuju ke buaian.
   Arisa tersenyum lebar. Macam tak percaya,Aku…AKU DAH JUMPA ‘PRINCE CHARMING AKU!!!!!”
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Arisa berlari pulang ke rumahnya dan mengambil telefon bimbitnya. Dia mendail nombor telefon  Jannah.
  “Assalamualaikum, Arisa. Ada apa?” Jannah yang baru menghabiskan kerja sekolah matematiknya bertanya.
  “ Jannah, you won’t believe it. Aku baru jumpa Prince Charming!!!”
  “ Jangan mengarutlah! Kau ni baru bangun tidur ke? Mamai ke?”
  “Ish, betullah!” kemudian Arisa menceritakan kejadian tadi. Lepas ni confirm Jannah percaya.
  “So, ada mamat handsome yang selamatkan kau dari bencana. Lepas tu,disebabkan dia handsome dan baik, kau kata dia ‘Prince Charming.?” Jannah mengangkat kening. Dah sewel ke kawan aku seorang ni?
  “Bukan tu je, aku dapat rasa ‘aura’ karisma pada dia. Dia memang perfect jadi ‘Prince Charming.’ “
  “ Awak kenal dia pun tak, awak nak jadikan dia ‘Prince Charming awak?  Please la, Arisa. Dia pun entah ingat ke tak fasal kau.”
  “Sebab tu la aku perlukan bantuan kau untuk bantu saya berkenalan dengan bakal ‘Prince Charming’ tu!” 
 “ Sorry to say, tapi aku tak nak terlibat dalam dunia fantasi kau tu.”
  “ Laa, please!! I need your help! “
  “ Kau ajak la Faris tolong kau. Aku sibuk dengan nak study untuk peperiksaan. Lain la macam kau, tak study tapi selalu dapat no.1 dalam kelas.”
  “ Ajak...Faris? Kau ni biar betul. Nak ke dia tolong aku?” tanya Arisa,ragu-ragu.
  “Tanya je la dulu, mana la tahu kalau dia berminat.”
  “Hmm. Ok. Nanti aku tanya.”

Arisa mematikan telefon. Dia mengeluh. Hmmm...macam mana aku nak cari dia? Yang aku tahu pun, nama dia Aizril Zulkarnain. Takpelah, esok aku pergi tanya Faris. Mana la tahu kalau dia boleh tolong.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

  Keesokan harinya, di kantin sekolah selepas tamat persekolahan............

  “Ada apa kau nak jumpa aku?” Faris bertanya sambil menghirup Pepsi.
  “Ermm...aku nak minta tolong sesuatu, boleh?”
  “Tengoklah kalau aku boleh tolong. Jadi, apa dia?”
  “Kau kenal tak seorang budak lelaki bernama Aizril Zulkarnain?”
  “Kenal, budak kelas 4 Infiniti. Kenapa?” Faris mengangkat kening. Apasal tiba-tiba minah ni nak cari Aizril?
  “Kau kenal dia?!! Dia budak sekolah ni?! Kenalkan aku pada dia!!” rayu Arisa pada Faris.
  “Ha? Kau pasal apa? Kenapa tiba-tiba je nak kenal dengan Aizril ni?” dahi Faris berkerut.

  “Ala, kau tahu kan pasal impian saya. Impian yang aku simpan dari kecil lagi.” Arisa menuturkan kata-kata sambil tersipu-sipu.
  “Impian yang kau kata kau nak ‘Prince Charming’ tu?” Faris mengangkat kening.
  “Ye la........sebenarnya.......” Arisa menceritakan peristiwa dimana dia terjatuh dari pokok dan diselamatkan oleh Aizril.
 
Muka Faris berubah menjadi masam. Dia memang tepat pada wajah Arisa. Arisa berasa pelik.
  “Kenapa?”
  Faris menarik nafas panjang. “ Kau ni memang bodoh la. Takkan la semata-mata dia selamatkan kau dari terjatuh dari pokok, kau kata dia tu ‘Prince Charming’. Tak masuk akal”
  “Tapi...”
  “Aku pun akan selamatkan kau kalau kau dalam bahaya....” Faris berbisik sambil  menoleh mukanya ke arah bangunan sekolah.
  “Huh? Apa yang kau cakap tadi? Aku tak dengar la.”
  “Tak ada apalah. Lupakan apa yang aku cakap tadi.”

Faris bangun dari tempat duduknya lalu berjalan menuju ke arah pintu pagar utama sekolah.
Arisa tersentak. Apasal dia nampak marah?

  “Faris, kau nak pergi mana tu?!” laung Arisa dari jauh.
  “Balik.” Faris menjawab tanpa menoleh kearah Arisa.
  “Dia tu apasal? Marah tiba-tiba. Aih...aku ada sakitkan hati dia ke?”


Faris menapak masuk ke dalam biliknya. Dia meletakkan beg galasnya di atas meja. Dia menghempaskan badannya di atas katil. Dia merenung pada siling biliknya. Memorinya berputar semula ke masa silam. Faris menutup mata.

6  tahun lalu, Sekolah Kebangsaan Seri Matahari..........

  “Tolong lepaskan saya! Saya tak buat apa-apa pun.! Lepaskan saya!” Faris meronta-ronta untuk  melepaskan diri dari genggaman seniornya, Razman yang tua dua tahun darinya.
  “Hahaha!! Memang kau tak salah apa-apa pun. Aku cuma nak duit kau je. Bayar cepat!” arah Razman sambil mengacu buku limanya.
  “Ta-Tapi saya tak ada duit! Saya tak tipu! Tolong la lepaskan saya!”
  “Argh!!! Alasan! Jangan nak buang masa aku! Cepat bagi!”
 “Oi!!! Lepaskan dialah, gorilla!!!” Tiba-tiba satu suara menengking. Kelihatan seorang budak perempuan yang sedang berlari, menuju kearah mereka.
Budak perempuan itu membaling batu kearah Razman. Balingannya menepati sasaran. Razman berang.
  “Weyh, perempuan! Kau pasal apa? Nak mati awal ke?” tengking Razman
Faris hanya memandang situasi itu. Dia takut untuk bergerak. Apa yang patut aku buat?
  “ Lepaskan dia la! Jangan kacau dia! Jangan kacau sesiapa lagi!”
  “Kalau tak, kau nak buat apa?” tanya Razman dengan bongkak.
Budak perempuan itu meneruskan balingannya. Badan Razman dipenuhi calar-balar dan luka-luka. Razman tidak dapat menahan rasa sakit lalu melarikan diri. Faris menarik nafas lega. Dia menghampiri budak perempuan yang telah menyelamatkan dia.

  “Terima kasih, awak dah selamatkan saya. Apa nama awak?” Faris menghulurkan tangannya
  “ Sama-sama. Nama saya..Arisa. Selamat berkenalan.” Arisa menyambut huluran tersebut.
  “ Saya..nak jadi kawan awak, boleh tak?”
  “Em! Mestilah boleh.”
Mereka berdua tersenyum. Begitulah kisah bagaimana Arisa dan Faris berkenalan.

  
 
Faris membuka semula matanya. Dia mengeluh panjang. ’Prince Charming, huh?’
Dia mencapai telefon bimbitnya dan menghantar pesanan ringkas pada Arisa.

‘ Aku setuju untuk tolong kau capai impian kau tu. Dengan syarat, apa-apa je yang kau nak buat, kau kena beritahu aku.’
                                                                 -Faris-


Butang hantar ditekan. Faris menarik nafas lega. ‘Aku harap aku tak menyesal nanti.’
Faris menutup mata sekali lagi, kali ini berniat untuk tidur. Hampir-hampir saja dia melangkah ke alam mimpi, dia mendengar laungan yang membingitkan telinga.

  “FARIS!!!! TURUN BAWAH SEKARANG!!!!!!”

Faris membuka mata. ’Apa hal pulak ni...........’
Faris bingkas bangun dari katilnya lalu menuruni tangga. Dia tahu apa akan dia hadapi jika turun. Dia berjalan perlahan-lahan. Dia ternampak ibu tirinya sedang mencekak pinggang.

‘Faris, apa-apa je yang dia buat pada kau.. Kau sabar je. Kau buat semua ni untuk ayah.’

   “Ya, makcik Sofea? Ada apa?” Faris cuba senyum
  “Ada apa kau tanya?!! Macam mana pinggan Correlle aku boleh pecah?!” tengking makcik Sofea sambil menjegil mata pada Faris.
  “Faris tak tahu...”
  “Oo..TAK TAHU??!! Kau memang nak kena!!!”

Makcik Sofea mencapai tali pinggang yang berada di atas meja makan lalu melibasnya kearah Faris.